Wah hebat UMNO ni pelbagai cara digunakan untuk memakan daging saudara sendiri. Terbaru UMNO akan menubuhkan satu pasukan khas bagi kononnya menyemak dan mengimbangi kerja-kerja kerajaan Perikatan Nasional.
Alamak joker maling nak jadi hero. Mampukah kain yang kotor membersihkan benda yang bersih?
Pelik bukan sepatutnya yang memikul tanggungjawab seperti itu ialah pihak pembangkang, apa lagi pembangkang Pakatan Harapan cukup berpengalaman mendedahkan isu penyelewengan, sepertimana pembongkaran mereka ke atas skandal 1MDB dan SRC serta Yayasan Akal Budi dan pemberian Visa kepada pekerja asing.
Menyebabkan Najib Razak, Zahid Hamidi dan beberapa lagi pemimpin UMNO berjaya diheret ke muka pengadilan.
Walaubagaimanapun sehingga hari ini kepimpinan UMNO dan jentera mereka masih tidak mengakui penyelewengan yang berlaku dalam skandal berkenaan.
Tapi ada hati untuk menjaga kerja orang lain, kerja kawan pula tu. Alahai!
Jangan lah terlalu hipokrit UMNO oiii. Bikin geli kok itu. Apa kamu ingat pemimpin dan penyokong UMNO tidak berkepentingan dalam kerajaan atau kamu ingat mereka saja saja menyokong tanpa mengharapkan sesuatu daripada kerajaan Perikatan Nasional ini.
Hari ini walaupun pemimpin pemimpin UMNO berdegar-degar menafikan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin atau kerajaan Perikatan Nasional. Tapi itu hanyalah retorik, hakikatnya sehingga hari ini mereka terus bertenggek dalam kerajaan Perikatan Nasional. Kenapa begitu, nah tidak lain tidak bukan untuk memanfaatkan kedudukan UMNO sebagai kerajaan atau bagi mendapatkan larva.
Dalam bab itu admin tidak menafikan kecerdikan UMNO, sebab itulah sehingga hari ini mereka boleh bertahan. Malah kalau kerajaan Perikatan Nasional gagal menyaingi mereka, boleh tergugat tu.
Semasa era kerajaan Pakatan Harapan dahulu antara sebab kenapa penyokong UMNO dan jentera UMNO tidak suka pada kerajaan pada waktu itu adalah kerana Pakatan Harapan terlalu tegas mengawal salahguna kuasa yang berlaku dalam agensi kerajaan. Waktu itu ramai penyokong penyokong dan jentera UMNO atau BN yang diheret oleh SPRM.
Jadi janganlah terlalu bodoh sombong hipokrit, kerja siapa sebenarnya yang kamu mahu jaga tu. Ambil cermin tu. Hemmm!
Percayalah kamu wahai UMNO jangan terlalu hipokrit. Jangan sengaja mengundang kemurkaan Tuhan. Rakyat tahu juga itu kerabat kerabat zero kepada hero. Contohnya tidak habis-habis mengambil gambar makanan atau ketika berbelanja. Hahaha!

Cukup ringkas dan mudah faham
Mesti banyak homework nih!
Boleh dapat senarai orang2 yang terlibat dgn 1MDB dan cerita ringkas mereka di luar negara?; terutama fakta2 mengenai hukuman yang sedang berjalan. atau dah lepas… … seperti staf2 bank di Spura atau Goldman Sachs atau di pengelat2 Timur Tengah terutamanya, yang bertopengkan perniagaan minyak…
Boleh juga kalau campur cerita Justo dan dari awalnya – secara ringkas utk mudah faham…
Terima kasih.
LikeLike