Tiada Kerjasama PKR-DAP, Shahril. Betul Kah?

Semalam Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan membuat penyataan bahawa kononnya keputusan perhimpunan Agung 2019 tetap tidak berubah menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

Ia ditegaskan semasa Presiden PKR Anwar Ibrahim sedang dalam proses mengadakan sidang media. Bagi mengumumkan kerjasama yang dimaksudkan tapi dialihkan disaat akhir.

Mungkin UMNO telah mendapat laporan rasmi bahawa rentetan kerjasama mereka dengan Pakatan Harapan telah menyebabkan sokongan rakyat berkurangan. Dan Anwar telah dimaklumkan tentang perkara itu dan diminta agar jangan lagi membuat kenyataan mengenainya. Ini semua sifir 1 UMNO sejak azali. Hahaha!

Sebab itulah Anwar hanya berani menyatakan bahawa memang ada kerjasama antara mereka dan perundingannya baru diperingkat awal atau pramatang.

Anwar Ibrahim dan penasihat-penasihatnya tidak bodohlah sangat hingga berani mengadakan sidang media kalau tidak ada persetujuan diantara dua pihak. Paling tidak ada persetujuan daripada wakil UMNO. Apa dia Presiden UMNO sendiri atau ada orang lain yang diutuskan oleh Najib.

2 pemimpin UMNO ini terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah. Jadi kenapa pula ada yang beranggapan usaha untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP adalah satu perkara yang mustahil. Setakat bekerjasama pun bukannya melibatkan wang rakyat. Oleh itu takkanlah hal sekecil itu tidak sanggup dilakukan oleh orang yang berhadapan dengan tuduhan menyeleweng wang rakyat. Bukan sikit beratus-ratus juta tu.

Hanya ada satu pilihan tu sama ada sanggup tidur di Sungai Buloh atau mengangkat Anwar sebagai ketua mereka.

Pendedahan oleh Menteri Wilayah Annuar Musa mengenai kesahihan dan kewujudan surat yang ditandatangani oleh Presiden UMNO bagi mengadakan kerjasama itu, sudah cukup memadai bagi orang yang berakal sihat tu. Kecuali mereka jentera mana-mana parti politik tapi itupun kalau dia masih ada jati diri dia akan terfikir tu.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.