
Perbincangan kerjasama antara PKR dengan UMNO belum dibincang di peringkat Pakatan Harapan (PH) namun kerjasama itu diyakini akan diterima akar umbi. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, akar umbi setiap parti harus menilai musuh yang boleh bekerjasama demi kebaikan negara berbanding pengkhianat yang hanya meletakkan pimpinan politik ke dalam ‘liang lahad politik’ “Kerjasama PKR UMNO mungkin masih awal.
Tinggal beberapa detik lagi kerjasama PKR dan UMNO akan menjadi kenyataan. Tapi ada yang berpendapat kerjasama itu hanyalah diantara Anwar Ibrahim dan kluster Mahkamah, Najib Razak dan Zahid Hamidi
Tujuan kerjasama ini adalah untuk menyelamatkan tengkuk Najib dan Zahid dari hukuman penjara yang akan dikenakan susulan perbicaraan yang mereka hadapi. Seorang angkara skandal 1MDB/SRC dan seorang lagi berkaitan dana dari Yayasan Akal Budi.
Bagi Anwar Ibrahim pula ia adalah soal jawatan Perdana Menteri Malaysia yang sudah lama di cita-citakannya.
Persoalannya apa pula pendapat ahli parti PKR dan UMNO adakah mereka bersetuju dengan kerjasama yang bersifat peribadi ini?
Perlu diingat baik parti UMNO mahupun PKR kemenangan parti ini ditentukan oleh rakyat bukannya ahli parti. Jadi sama ada dua ahli parti bersetuju atau tidak itu bukannya keputusan yang boleh diambil kira oleh Presiden parti masing masing sama ada meneruskan hasrat mereka atau tidak. Tapi kalau boleh tunjukkanlah sikit hak sebagai insan manusia tu yang berhak membuat pilihan walaupun hanya untuk diri sendiri? Takkan dalam keadaan sekarang pun masih lagi wallah pada pemimpin yang terdesak.





















Leave a Reply