
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) menasihatkan pimpinan UMNO supaya meletakkan calon yang bebas dari kes mahkamah selain tidak sombong demi memenangi pilihanraya umum yang akan datang.
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu juga berkata calon mestilah berupaya dan sentiasa dekat dengan rakyat.
Pastinya pendapat Ku Li itu datang dari suara rakyat seperti yang selalu dinyatakannya setiap kali dipersoalkan berkenaan kritikannya terhadap UMNO.
Sebelum ini beliau ada bersuara kalau kritikannya tidak diterima atau dianggap enteng maka lebih baik jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat dilucutkan.
Wah nampaknya seranan seperti ini tidak hanya datang dari bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam tetapi juga telah menular ke pemimpin pemimpin veteran UMNO bagi menyingkirkan pemimpin-pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah. Seperti Presiden UMNO Zahid Hamidi, mantan Presiden Najib Razak dan setiausaha UMNO Ahmad Maslan dan beberapa lagi yalah kalau bukan mereka siapa lagi.
Sebelum ini bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Musa Hitam ada menyuarakan pendapatnya bahawa kalau ingin dihormati sekaligus memenangi pilihanraya umum yang akan datang semestinya UMNO membuang atau meminggirkan pemimpin-pemimpin UMNO yang berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah.
Pada penyokong kluster Mahkamah janganlah terlalu dangkal dalam kita punya keluarga pun ada yang baik ada yang buruk. Fitrah lah tu.
Yang peliknya bila ada dikalangan ahli keluarganya yang melakukan kejahatan boleh tu dikerjakan sampai pengsan malah ada yang mati dibunuh tetapi bila orang lain yang melakukan kejahatan hanya kerana dia pemimpin UMNO boleh pula tu ditelan. Walaupun ada di kalangan pemimpin UMNO sendiri yang mengakui kejahatan yang telah dilakukan.
Begitulah cara berfikir rakyat dalam melihat sesuatu isu.