4 Lelaki Direman Kes Rasuah Tender Projek Bekalan Air Semporna

Dua pengarah dan dua lagi pengurus syarikat pembinaan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan ke atas kes rasuah melibatkan tender projek bekalan air luar bandar di Semporna bernilai RM142 juta pada tahun 2019.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Kota Kinabalu setelah permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Mereka yang direman terdiri daripada lelaki berusia 27 hingga 49 tahun ditahan SPRM dalam operasi yang dijalankan sekitar Kota Kinabalu semalam.

Kes disiasat di bawah akta SPRM 2009.


“Kawan” tu kata macam dia boleh bayangkan muka dan nama diantara mereka. Macam ada kaitannya dengan seorang pemimpin politik daerah itu. Dia kata lagi macam anak beranak dalam parti.

Jujurnya admin pula tidak berapa pasti.

Biasalah tu kalau tidak macam mana boleh survive dalam politik. Tinggal lagi jangan saja muka-muka yang diheret tu memang jenis angkuh, tamak terlalu mementingkan diri, tidak reti diuntung dan yang paling kritikal memang kaki penipu….. Kawan tu kata lagi.

Tapi kamu tunggu setahun dua dari sekarang berani tu besi buruk Warisan memperlekeh kepimpinan kerajaan GRS kononnya tanah dan projek itu ini. Kalau setakat mengkritik biasa tu okey lah. Ini tidak terlalu mengeji macamlah mereka tu cuci sangat. Lancaulah!!!

Kluster Mahkamah dari era kerajaan Warisan lah ni kan sebab tahun 2019.

1 komen

  1. Reblogged this on JalinLuin.com and commented:

    Ramai yang bertanya ni, sejauh sudah perkembangan kes ni.

    Ketika kes ini meletup, seorang penduduk yang terlibat telah mendedahkan satu kisah Katanya semasa pembaikan paip berjalan, kontraktor membaiki paip yang tidak rosak.

    Baru dua tahun setengah menjadi kerajaan, macam macam hal yang berlaku.

    Like

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: