Hentikan Birokrasi Yang Halang Pelabur Masuk Sabah – Ketua Menteri Sabah

SIARAN MEDIA

5 Mac 2021

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mahu semua bentuk batu penghalang yang mengekang pelaburan akan dihentikan, untuk memudahkan pelaburan masuk ke Sabah.

“Peraturan-peraturan atau karenah birokrasi yang menyusahkan dihadapi oleh pelabur yang berminat akan hanya menyukarkan usaha kita menarik pelabur ke Sabah. Oleh itu, perlu dihentikan untuk memudahkan pelaburan,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor ketika mempengerusikan mesyuarat pertama ahli lembaga pengarah Invest Sabah Bhd (ISB) di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini hari ini.

Invest Sabah Berhad telah di tubuhkan pada Disember tahun lalu dibawah seliaan Kementerian Pembangunan Perindustrianuntuk mempromosikan aktiviti pelaburan tempatan dan asing. Justeru ia adalah selaku agensi sehenti untuk pelaburan masuk ke Sabah yang mana antara lainnya akan memberi pelabur maklumat mengenai keperluan pelaburan termasuk kelulusan lesen dan membangunkan rangkaian asas.

Hajiji berkata ISB akan bertindak sebagai pusat urus setia kepada jawatankuasa pelaburan yang akan di sertai oleh kerajaan negeri, Persekutuan dan juga pihak-pihak berkepentingan untuk menyemak semua bentuk cadangan pelaburan.

Katanya, kejayaan ISB kelak akan memacu ekonomi negeri mencapai salah satu teras utama di dalam Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ),iaitu pelan pembangunan lima tahun yang dilaksanakan Kerajaan GRS.

Tiga teras menjadi fokus utama SMJ iaitu pertanian,pelancongan dan sektor industri, modal insan dan kesejahteraan rakyat, begitu juga rangkaian infrastruktur serta kemampanan hijau.

Mesyuarat itu turut mengesahkan pelantikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian sebagai Timbalan Pengerusi ISB.

Ahli Lembaga Pengarah ISB pula ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong; Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Tuan Hj Rusdin Riman; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Thomas Logijin; Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Bernard Liew; Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Helena Masry; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA Malaysia, Dato Azman Mahmud; Datuk Tan Kim Beng dan Datuk John Lo (SEAC); Datuk Madiyem Layapan, Mr Fu Fui Leong (Setiausaha Syarikat) dan Anndirrina Chong (Setiausaha Lembaga/Board Secretary).

Datuk Madiyem Layapan juga disahkan secara rasmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISB.

TAMAT

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: