
Perikatan Nasional, menarik menarik menarik untuk disertai oleh mana-mana Adun termasuklah Adun daripada pembangkang.
Ironisnya walaupun pelbagai pihak termasuklah UMNO cuba menafikan kemampuan Perikatan Nasional. Tetapi berita yang baru beredar sebentar tadi mengkhabarkan dua Adun daripada Perak yang mewakili DAP sebelum ini telah mengistiharkan diri mereka untuk menyertai Perikatan Nasional sekaligus menjadi anggota atau ahli Bersatu yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka ialah Adun Tronoh, Paul Yong dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam.
Semakin kuat Perikatan Nasional. Bayangkan kalau DAP sanggup keluar untuk menyertai Perikatan Nasional. Mesti ada perkara yang menarik perhatian mereka maklumlah pengundi kaum Cina dan India DAP ni bukannya boleh atau mudah diperkotak-katikkan. Pasti tindakan dua Adun itu telah terlebih dahulu mendapat restu dari pengundi dikawasan mereka.
Banyak hikmahnya bila Adun DAP menyertai Perikatan Nasional selain akan mengukuhkan lagi Perikatan Nasional dan sokongan terhadap Adun itu sendiri, ia juga mampu mengharmonikan hubungan kaum di Malaysia yang agak terjejas akibat propaganda yang dimainkan oleh UMNO selama ini.