Nizam Pembantu Menteri Kewangan Sambut Baik Benarkan Aktiviti Barter Trade, Transhipment

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri membenarkan aktiviti barter trade dan transhipment bermula 5 Mac depan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan keputusan kerajaan negeri membenarkan Aktiviti ekonomi barter trade dan transhipment menggunakan mod pengangkutan kapal Non-Convention Ship (NCS) / kumpit bagi membawa barangan dari Sabah ke Filipina dan Indonesia serta sebaliknya.

“ Ini membuktikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Hj. Noor sebagai Ketua Menteri Sabah adalah pemimpin dan kerajaan yang amat prihatin dan mendengar suara dan keluhan rakyat, khasnya rayuan dari pemain industri dan pengusaha barter trade“ tegasnya lagi.

Beliau berkata, sebelum ini beliau sentiasa dikunjungi oleh peniaga dan pengusaha barter trade untuk berbincang berhubung aktiviti barter trade dan transhipment yang tidak dibenarkan dan digantung sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Seluruh Sabah dikuatkuasakan pada 13 Oktober 2020.

Justeru, Nizam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berharap pihak pemain industri akan mengambil peluang yang terhidang untuk menjana ekonomi hasil daripada aktiviti barter trade ini dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Selain kunjungan daripada pemain industri, beliau sendiri bersama pemimpin tempatan serta pihak berautoriti juga pernah mengadakan lawatan ke Pelabuhan Tawau untuk meninjau pada 10 Februari lalu untuk melihat sendiri permasalahan yang berlaku.

“Sebagai pemimpin di Tawau dan di negeri Sabah, saya amat berterima kasih kepada kepimpinan kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri yang amat prihatin dengan keperluan rakyat, khasnya pemain industri ini,” tegasnya lagi.

Setelah melalui penilaian dan pertimbangan daripada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Sabah melalui Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah Bil. 3/2021 yang bermesyuarat pada 2 Mac 2021 (Selasa), Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan pergerakan kapal-kapal NCS/ kumpit Indonesia dan Filipina yang memasuki perairan ESSZONE, Sabah dan semua kapal NCS Malaysia dari perairan ESSZONE ke Filipina dan Indonesia bagi aktiviti barter trade dan transhipment bermula 5 Mac 2021 (Jumaat).

Semua pemain ekonomi dalam sektor ini hendaklah sentiasa mematuhi SOP yang ketat bagi mengelakkan wujudnya kluster-kluster baharu kelak.

Sumber.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.