Siapa Penipu Adun Tanjong Kapor Ben Chong Kah Atau Adminnya

Tidak pasti pula siapa sebenarnya yang menipu, Wakil Rakyat Tanjong Kapor, Ben Chong kah atau admin pagenya.

Sebab tidak ada pula kenyataan negatif yang terkandung dalam kenyataan media Adun Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir, sejurus bertindak bijak meninggalkan parti Warisan dan menyokong Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor sekaligus memihak Kerajaan GRS Sabah.

Baca balik ni. Adun Sebatik Keluar Warisan Sertai GRS

Apa yang dinyatakan oleh Adun Sebatik hanya menjurus kepada komitmen kepimpinan Warisan di dalam membantu rakyat Sabah. Bukan hanya tidak berkomitmen tetapi berusaha menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional yang giat menjaga kebajikan rakyat.

Sejak Perikatan Nasional sebagai tunggak kerajaan sudah begitu banyak bantuan yang diberikan kepada rakyat bukan hanya dalam bentuk tunai dan bakul makanan tetapi juga melibatkan institusi kewangan yang sudah tentu telah meringankan kesulitan rakyat maklumlah dalam keadaan berhadapan dengan pendemik.

Dan yang paling penting usaha Kerajaan Perikatan Nasional memartabatkan konstitusi dan agensi agensi kerajaan. Ini penting bagi memastikan keadilan dapat dikecapi oleh rakyat yang selama ini mundur akibat birokrasi tolol. Terutamanya di zaman kerajaan Warisan, hata keputusan Mahkamah pun ditolak.

Memang benar pun dakwaan Adun Sebatik berkenaan. Hari ini kepimpinan Warisan hanya sibuk berpolitik dan tidak mengutamakan rakyat. Entah apa agaknya alasan mereka, walhal semasa Warisan menjadi kerajaan negeri. Wakil-wakil Rakyat pembangkang pada masa itu sanggup mengeluarkan simpanan mereka untuk membantu rakyat bukan sekali dua tapi sepanjang masa sehinggalah kerajaan Warisan tumbang.

Selain itu Parti Warisan juga bertanggungjawa menolak bajet tahun 2021, walhal peruntukan dalam bajet ini digunakan untuk merawat rakyat yang terkesan akibat pendemik Covid-19.

Hari ini apa yang telah dilakukan oleh wakil rakyat Parti Warisan selaku pembangkang? Sekadar menghulurkan bantuan makanan lepas itu dipuji melangit oleh jentera mereka. Selain tugas hakiki sebagai pembangkang akan membangkang keatas apapun yang kerja yang dilakukan oleh kerajaan. Tapi pengundi di kawasan mereka terbiar terpisah daripada kemajuan arus Perdana.

Kalau begitu lebih baik masyarakat yang diwakili Warisan berada di bawah jagaan Ustaz Ebit Lew. Sudah tentu akan dilimpahi oleh banyak bantuan.

Tapi lain pula yang diulas oleh page Ben Chong, seperti di bawah.

Kononnya alasan yang diberikan oleh Adun Sebatik itu adalah bersifat angkuh dan sombong dengan mendakwa Parti Warisan telah kehilangan sokongan rakyat, adalah tidak benar dan berniat jahat. Juga menurut Ben Chong tindakan Adun Sebatik berkenaan adalah sikap sebenar yang memperalatkan rakyat Sabah untuk mendapat suara politik daripada pengaruh GRS.

Bukan hanya tidak ada kenyataan bersifat angkuh yang dizahirkan. Malah tindakan meninggalkan parti Warisan wajar dipuji sebab tepat pada masanya demi tuntutan perubahan. Ia merupakan tindakan yang tidak mementingkan diri bilamana Adun Sebatik sanggup mengorbankan kredibilitinya demi masyarakatnya. Apa pentingnya seorang Wakil Rakyat jika tidak mampu atau dapat memberikan kemudahan kepada kawasan yang diwakilinya, apa lagi dalam keadaan terkesan akibat pendemik Covid-19.

Dakwaan kononnya Wakil Rakyat Sebatik itu tidak ada pendirian adalah juga tidak benar. Ini kerana tindakan meninggalkan parti Warisan dibuat hanya selepas Kerajaan Negeri Sabah terbentuk.

Nak jangan pula ada yang marah terutamanya dari kalangan penyokong Parti Warisan ahh. Sebab pemimpin kamu orang tu telah mengeluarkan dakwaan yang tidak dikeluarkan oleh mana-mana pihak. Tahukah mana-mana pihak selain bertujuan untuk menfitnah atau merosakkan reputasi orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.