Adun Sebatik Keluar Warisan Sertai Kerajaan GRS

Alamak pastikan yang membaca entry kali ini bukannya totok Warisan. Tidak kiralah apa dia pemimpin atau jentera parti. Bukan apa nanti pengsan paling tidak akan meroyan.

Sistem pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan dan kerajaan di peringkat negeri Sabah yang memperkasakan agensi kerajaan nampaknya serba sedikit telah menarik perhatian rakyat untuk menyokong kerajaan. Atau kalau dalam bahasa politik menyokong GRS yang terdiri daripada PPBM, UMNO dan beberapa parti parti tempatan Sabah.

Dimaklumkan secara rasminya wakil rakyat DUN N.73 Sebatik, Hassan A Ghani Pg Amir telah mengambil keputusan keluar daripada parti Warisan serta-merta dan mengambil pendirian berdiri sebagai Adun Bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah GRS. Sekaligus menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor serta Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia.

Ini susulan rasa dukacitanya terhadap kepimpinan Parti Warisan yang dilihat masih bermain politik dan tidak mengutamakan kepentingan atau kesejahteraan rakyat yang terbeban dengan pendemik Covid-19.

Hal yang mereka lakukan antaranya tindakan menolak belanjawan Persekutuan 2021 di Parlimen, ini jelas membelakangkan kepentingan rakyat khususnya usaha bagi menangani Covid-19.

Begitu juga dengan tindakan kepimpinan Parti Warisan yang masih bersama Pakatan Harapan untuk menggugat kestabilan kerajaan dengan cubaan menukar kepimpinan Perdana Menteri.

Terakhir kepimpinan Warisan gagal mengusahakan sebarang inisiatif untuk membantu rakyat yang terbeban dengan kesan Covid-19 yang berlaku dihampir semua kawasan.

Artikel yang bakal meroyankan ini diakhiri dengan ucapan ribuan tahniah dan selamat datang ke Kerajaan GRS. πŸ˜…

3 comments

  1. Hola..kawan..nak pesan dan sampaikan pada semua..mesti kita ambil vaksin yg kita dapat nih .pastikan tiap rakyat Sabah M’sia terima ubat ini..anggap aja ..ia pedinding buat kita..utk manusia manusia yg kemudian..maaf andaikata yg lain masih poyo bebonar..compare aja vaksin19 ini ibarat kita serta Tok nenek moyang terdahulu mahu pun skrg..kan selalu ada dengar..pakai pendinding..bela saka atau apa aja yg ghaib.. tak nampak..yg hairan tak takut pulak..manusia..sesiapa ada aplikasi My Sejahtera lagi mudah daftar terus..adoii lah weii.. MySejahtera Anna telah mana piginya..Arif Yong sudah pun terdaftar nama dan line up Q..betul .guna MySejahtera KKM M’sia .inilah bagusnya .seluruh rakyat m’sia..tanda terima kasih Federal State M’sia to all πŸ’–πŸ˜Šm’sia..

    AnnaAriff1972πŸŒΊπŸπŸ˜ŠπŸ’–

    Liked by 1 person

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.