UMNO Takut Siasat Surat Sokong Anwar Yang Ditandatangani Zahid dan Najib

Kalau benar wujud pemimpin UMNO yang berfikiran waras dan ikhlas memperjuangkan nasib rakyat mereka. Pasti mereka sensitif terhadap hal yang dikaitkan dengan parti UMNO. Apa lagi kalau tuduhan itu ada kaitannya dengan musuh tradisi mereka iaitu parti DAP.

Pasti mereka akan menuntut penjelasan yang lebih lanjut, seperti butiran pendedahan yang dilemparkan oleh Menteri Wilayah yang juga pemimpin UMNO, Annuar Musa. Annuar sebelum ini mendedahkan bahawa Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Najib Razak ada menandatangani satu surat menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia sekaligus menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pendedahan yang dibuat bukan hanya dalam bentuk lisan tetapi dalam bentuk dokumentasi dan surat itu telah disahkan oleh pihak-pihak yang terlibat sebagai tulen dan benar. Seperti link dibawah:-

Annuar Dedah Surat Presiden UMNO Sokong Anwar Jadi Perdana Menteri

Tetapi malangnya pendedahan yang telah mengkantoikan perjuangan UMNO itu tidak dicabar oleh mana-mana pemimpin UMNO. Pelik bukan!

Tajuddin Ramli selaku pengarah pilihanraya UMNO hanya mampu membuat penafian semata-mata yang tidak disertakan sebarang bukti. Seolah-olah dalam diam UMNO membenarkan dakwaan Annuar Musa berkenaan. Dia kata tidak ada keperluannya untuk UMNO menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat surat yang ditandatangani oleh Zahid Hamidi dan Najib Razak itu. Nampak tak macam ada yang ditakutkan.

Sebelum ini jentera PKR telah menyebarkan surat yang sama bagi tujuan mempertahankan dakwaan boss mereka bahawa benar Anwar mendapat sokongan daripada UMNO untuk menggantikan kedudukan Tan Sri Muhidin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kalaupun UMNO takut berhadapan dengan Annuar Musa dan pengikutnya tapi sekurang-kurangnya Presiden UMNO membuat laporan Polis agar siasatan yang lebih lanjut dapat dijalankan.

Pergelutan dalaman UMNO ini telah menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat dan penyokong UMNO-BN. Kalau semua tuduhan yang dilemparkan terhadap pemimpin UMNO didakwa satu fitnah, walaupun yang membuat tuduhan itu adalah pemimpin UMNO sendiri dan masih aktif. Jadi kenapa UMNO tumbang pada pilihan raya yang lepas dan sehingga hari ini semakin ramai ahli yang meninggalkan UMNO?

Begitu juga dengan tuduhan kadar kemiskinan di kalangan orang Melayu yang gagal diselesaikan oleh kerajaan UMNO adakah ia juga satu fitnah?

One thought on “UMNO Takut Siasat Surat Sokong Anwar Yang Ditandatangani Zahid dan Najib

Add yours

  1. selamat tengahari kawan..anna baru wake up..mcm biasa..belek phone dan terpanggil utk jawab hal ini..senang bah..dlm umno..yg bukan toksikcovidtororori..tak mampu cuit 2 kerenah besar..mereka selalu tapauu DSZH tapi tidak Big Mumiaaaa..serta pengikut cluster mahkamah..hanya kami 🌺 balik..semua terbarai belaka..engkau perati KuLi sudah..apa dia boleh buat..tahu mengata PPBM tahu pulak mengendeng kat Tun M..tapi ada dia tolong bersihkan dalaman umno..dia pun penakut..anna tak kisah andai mereka molek belaka tapi kau tahu aja apa Tun M bambu kita org semua..kami dituduh mengkianati Tun M..satu benda yg anna tak pernah buat pada Tun M namun terbabit..terpalit juga ..gara gara menjaga TSMY selama ini..lagipun tindak tanduk mereka (sitoksik) adalah pekara terkait dakwaan di mahkamah..kau lihat mcm mana anna handle kes daddy TYT Sabah… jika dibiar..ia akan meleret dan buat buruk nama TYT saja..padahal dah mmg salah Shafie Apdal sendiri..adun adun krjn negeri jadi katak..kita yg kat luar yg dituduh punca pekara..itukan dah tak betul..itulah ragam manusia..dlm umno pun begitu..jadi siapa yg mahu tolong yg tak salah..PPBM@Bersatu juga di mangsakan.padahal hal mereka..yg serabut tak tahu insaf..tak tahu malu..kudis sudah jadi tokak..mujur nenek🌺 bijak..kena sama ngok ..samdol jawabnya..ini anna beritahu agar di sabah jgn salah faham ttg PNPPBM@Bersatu M’sia..kami benar org org yg baik..baik utk keseluruhannya..insyaallah Aamiin..😊

    Annaariff1972🌺

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: