Ucapan Terima Kasih Hajiji Pada PM Muhyiddin Kerana Dilantik Sebagai BPN Sabah

*KENYATAAN MEDIA*

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Tan Sri Datuk Seri
Panglima Haji Muhyiddin Mohd Yassin, Pengerusi Parti Perikatan Nasional dan
barisan kepimpinan parti atas kepercayaan untuk melantik saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Perikatan Nasional Negeri Sabah. Pelantikan ini merupakan satu amanah besar untuk membentuk dan memperkukuhkan organisasi dan gerak kerja parti di peringkat negeri hingga ke peringkat akar umbi.


Perikatan Nasional (PB) Sabah juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada para pemimpin PN Sabah yang terpilih menganggotai Majlis Tertinggi PN Peringkat Nasional seperti berikut:

1. YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffry Kitingan, Timbalan Pengerusi Perikatan
Nasional

2. YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Timbalan Pengerusi Perikatan
Nasional

3. YB. Senator Datuk Guandee Kohoi, Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional

4. Encik Edward Dagul, Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional


Hari ini saya telah mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan tertinggi Parti-Parti Komponen Perikatan Nasional Peringkat Negeri Sabah yang terdiri daripada BERSATU, STAR, SAPP dan PAS. Kepimpinan Perikatan Nasional Negeri Sabah telah membentuk kesepakatan dan persetujuan sebagaimana berikut:

1. Membentuk dan memperkemas organisasi serta gerak kerja Perikatan
Nasional di peringkat negeri hingga ke peringkat akar umbi;

2. Memastikan Perikatan Nasional dan Parti-Parti Komponen di Sabah meningkatkan keberkesanan khidmat bakti demi kesejahteraan rakyat;

3. Mendokong sepenuhnya kepimpinan YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji
Muhyiddin Mohd. Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat persekutuan;

4. Memperkukuh kerjasama di antara Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah demi membentuk kesepakatan padu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekali gus memperkuat Kerajaan GRS dalam menukaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri Sabah.


*DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR*
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN)
Perikatan Nasional (PN) Sabah

8 Januari 2021

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.