Ketua Bahagian UMNO Yang Menolak PAS Wajar Dipecat

Memang ada kebenarannya mana mana ketua bahagian UMNO yang mengambil keputusan tidak berkerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional harus dipecat daripada UMNO sebab telah memungkiri atau menderhakai perjanjian yang telah termaktub dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional itu sendiri.

Memandangkan UMNO sudah membuat keputusan untuk bersama dengan PAS, begitu ketegasan yang dibuat oleh Setiausaha BN Annuar Musa.

Annuar Musa juga menegaskan bahawa sebelum ini UMNO telah menandatangani surat berbentuk akuan sumpah bagi bekerjasama dengan parti parti dalam kompenan dalam Perikatan Nasional.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya sesiapa yang mempertahankan perjanjian itu maka mereka dianggap derhaka lalu dipecat. Sebaliknya bila mana mereka menyokong Anwar Ibrahim dan berunding dengan secara senyap luar konteks Perikatan Nasional maka mereka akan dianggap sebagai wira sejati.

Sebelum itu nama beliau telah diangkat akan dipecat daripada UMNO kerana didakwa lantang mempertahankan Perikatan Nasional atau PPBM. Walhal apa yang dilakukannya adalah menyatu padukan Melayu di bawah payung Perikatan nasional yang terdiri daripada UMNO PPBM dan PAS.

UMNO ni telengong lah tidak pandai bersyukur. Kalah di pilihanraya umum lalu menjadi pembangkang beberapa bulan selepas itu sama-sama membentuk kerajaan Perikatan Nasional bersama PPBM dan PAS. Kejadian yang tidak pernah berlaku di muka bumi tapi tidak disyukuri oleh UMNO.

Hari ini Presiden UMNO telah membuat keputusan akan meninggalkan Perikatan Nasional sebelum February tahun ini dan telah pun melucutkan Anwar Musa dari jawatan Setiausaha Agung BN, dengar khabarnya digantikan dengan pemimpin UMNO yang terpalit dengan rasuah atau salah guna kuasa di mahkamah

UMNO pergilah lantik pemimpin-pemimpin yang terpalit dengan tuduhan rasuah di mahkamah bagi menggantikan pemimpin UMNO yang masih releven dimata rakyat Malaysia atau masyarakat Melayu khususnya.

Tapi tidak apa selagi rakyat Malaysia ini pandai membaca dan berfikiran waras sudah tentu boleh menilai mana baik mana buruk iaitu apa yang telah dilakukan oleh UMNO terhadap pemimpin-pemimpin Melayu yang cuba menyatukan mereka.

One Comment

  1. 🤔🤔🤔 HaaaaH..biarlah umno dgn kerekkknya..bagus juga di pecatnya TSAM ..freedom to Him..sebab lebih baik wellcome to MyZone dalam PNPBM official working and member party🌺..itu hari pun Arau terkena pekara yg sama apabila sebagai Pengerusi BNBBC d’take over ganti si Jibby (kan LKS ada tegur ttg calon ganti Pengerusi BNBBC)..hal ini pun anna dah beritahu Arau…tak kira apa status Arau (umno) keep tag sebagai Pengerusi PNBBC MP Parliament.. mereka mereka si toksikcovudtoriri..selalu buruk sangka terhadap mereka yg tidak memihak mereka Jibby hareee .lihat aja kerenah tok uban serta setoksiknya hamtam Arau..kesian kan..😕

    Annaariff1972😕

    Liked by 1 person

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.