Annuar Musa Lucut Dari SU Agung BN. Bila Nak Gugurkan Keahlian UMNO, Takut kah?

Annuar Musa hari ini dengan rasminya dilucutkan dari jawatan setiausaha Agung BN atas arahan Presiden UMNO Zahid Hamidi. Tempatnya digantikan oleh Ahmad Maslan, seorang pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa di mahkamah.

Antara sebab beliau dilucutkan adalah kerana sering bercakap benar ketika salah satu parti dalam perikatan Nasional seperti PPBM dilecehkan tanpa asas yang benar oleh pemimpin UMNO itu sendiri. Lalu tindakan beliau itu ditafsirkan sebagai tukang cakap Parti Bersatu atau kononnya main 2 kolam.

Main dua kolam apa mangkuk, itu Parti Bersatu, PAS dan UMNO berada dalam Perikatan Nasional so sudah menjadi tanggungjawab antara mereka untuk membetulkan berita yang tidak sahih atau tidak benar supaya tidak sampai menjejaskan Perikatan Nasional selaku parti parti pemerintah.

Tapi semua itu sengaja disalah tafsir demi menyelamatkan pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan di mahkamah. Kita faham itu, rakyat pun faham.

Annuar Musa juga terkenal dengan dasar penolakannya terhadap parti DAP dan PKR atau No DAP No Anwar.

Begitulah mentaliti segelintir pemimpin UMNO yang tidak terbuka dan ketagih meniagaan slogan yang memperjuangkan bangsa Melayu. Buktinya Annuar Musa itu juga berbangsa Melayu yang berasal dari Kelantan.

Sebaliknya yang berusaha untuk bersahabat dengan parti dan pemimpin yang mereka keji sejak puluhan tahun yang lalu iaitu DAP dan Anwar nampaknya tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin. Pelik bukan. Hahaha!

Okey Anwar telah dipecat dari jawatan Setiausaha Agung BN walaupun bukan tindakan ini yang diharap oleh jentera akar umbi, yang mereka desak ialah agar keahlian UMNO Annuar Musa gugurkan. Bila nak digugurkan keahlian UMNO pula, takut kah?

Rasanya yang menyebabkan perkara songsang ini berlaku kerana adanya usaha untuk menyelamatkan Presiden UMNO Zahid Hamidi yang terpalit dengan tuduhan rasuah di mahkamah begitu juga dengan Ahmad Maslan yang sedang dibicarakan di mahkamah. Selain sudah tentu Najib Razak yang telah pun dikenakan hukuman penjara 12 tahun oleh mahkamah berhubung skandal SRC. Ini saja visi dan misi UMNO selepas kalah di pilihanraya umum yang lepas. Sebab itulah peringkat awal UMNO bersetuju membentuk kerajaan Perikatan Nasional tapi kerana kerajaan Perikatan Nasional enggan berkerjasama iaitu merosakkan konstitusi Mahkamah maka agenda menolak Perikatan Nasional pun digerakkan termasuklah bekerjasama dengan DAP.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.