
Sebelum ini Shafie Apdal mendakwa kerajaan negeri Warisan telah kononnya berjaya membayar hutang kerajaan negeri sebanyak RM1 billion dengan menggunakan dana yang mereka usahakan sendiri sama ada melalui pelaburan yang mereka buat mahu pun melalui cukai yang berjaya mereka kutip. (Lebih kurang begitulah)
Temberanglah tu. Sepanjang pemerintahan Warisan tidak ada satupun perniagaan atau pelaburan yang berjaya mereka hasilkan. Selain pendapatan dari percukaian keatas beberapa sektor yang sedia ada sebelum lagi parti Warisan wujud.
Cukai produk Petroleum sendiri hanya dibayar oleh Petronas pada tahun ini iaitu selepas kerajaan Warisan tumbang. Lalu dari mana datangnya dana yang digunakan untuk mengurangkan hutang berkenaan?
Begini jawapan balas dari kerajaan negeri GRS atau Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor semasa menggulung bajet 2021.
Untuk makluman, semasa penerbitan Bon RM 1 billion pada tahun 2014, di atas saranan Bank Negara Malaysia, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Kumpulan Wang Amanah (Sinking Fund) bagi pembayaran balik bon. Kerajaan Negeri telah mencarum ke dalam Kumpulan Wang ini pada setiap tahun agar tidak membebankan Kerajaan Negeri apabila membuat pembayaran satu bullet payment pada tarikh matang bon berkenaan iaitu pada tahun 2019.
Oleh itu, gambaran yang diberikan oleh Shafie yang juga Adun Senallang, Adun Merotai dan Adun Tanjung Kapor adalah mengelirukan dan kurang tepat. Mereka telah menyatakan seolah-olah bayaran balik
bon berkenaan dibuat secara sekali gus dengan menggunakan peruntukan tahun kewangan 2019. Hakikatnya, pembayaran tersebut telah menggunakan sinking fund yang telah dicarum sejak dari awal sebaik sahaja bon diterbitkan.
Selain itu, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, penerbitan bon RM1 billion berkenaan telah mendapat kadar kupon
(coupon rate) yang rendah iaitu 4.275 peratus. Kerajaan Negeri telah melabur di dalam simpanan tetap di Sabah Development Bank Berhad dengan kadar pulangan sebanyak 4.325 peratus. Dengan ini, Kerajaan Negeri sebenarnya mendapat keuntungan daripada pelaburan berkenaan dan bukannya hutang lapuk Kerajaan.
Kalau ingin membaca penggulungan bajet 2021 sekaligus ulasan persoalan yang berkaitan sila klik links dibawah;-