
Sebelum ini Shafie Apdal kantoi dalam sidang DUN oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Apa bila mendakwa kononnya kerajaan Warisan membayar hutang negeri Sabah sebanyak 1 bilion.
Ironinya walaupun pembohongan Shafie dibuktikan semasa sidang DUN tapi masih tegar mengangkatnya sebagai modal Warisan. Bikin kesian bagus Shafie pergi bertaubatlah tidak boleh juga dia menandingi kepimpinan Datuk Hajiji Noor dan kepimpinan GRS.
Link yang aku maksudkan Datuk Hajiji Noor mengkantoikan Shafie berhubung 1 bilion ringgit.
Warisan Bayar Hutang Negeri Sabah RM1 Bilion? Sebenarnya Auta
Kali ini yakni semalam sekali lagi Shafie mendakwanya. Dalam majlis politik Warisan yang berlangsung di Sepanggar dan dihadiri oleh majoriti orang orang kurang kefahaman pasal perakaunan.
Kali ini giliran Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi Manjun pula mengkantoikan Shafie menerusi sidang media Kementerian Kewangan Sabah.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Shafie Apdal, berulang kali mendakwa bahawa pada tahun 2019, pentadbirannya berjaya membayar hutang RM1 bilion yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. Dakwaan ini kononnya bagi menunjukkan bahawa pentadbirannya mengurus kewangan kerajaan dengan baik. Namun, fakta menunjukkan sebaliknya.
Bon yang dimaksudkan ialah Bon Kerajaan Negeri Sabah (2014/2019) yang diterbitkan pada Disember 2014 semasa pentadbiran Barisan Nasional. Bank Negara Malaysia telah menetapkan syarat bagi Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Tabung Amanah Khas (Kumpulan Wang Amanah Bagi Bayaran Balik Bon) bagi memastikan bayaran balik hutang bon dapat dibuat sepenuhnya pada kematangan bon. Langkah ini adalah sebagai perlindungan dan mengelakkan daripada pembayaran tersebut menjadi beban besar kepada kewangan negeri.
Berdasarkan terma bon tersebut, Kerajaan Negeri dikehendaki mencarum RM200 juta setiap tahun ke dalam Tabung Amanah Khas ini selama lima tahun, sehingga tahun 2019. Menjelang pentadbiran Warisan mengambil alih pada tahun 2018, sebahagian besar dana yang diperlukan untuk bayaran balik telah pun tersedia. Malah, pada tahun berikutnya terdapat RM1 bilion dalam Tabung Amanah Khas, yang membolehkan Kerajaan Negeri membuat bayaran penuh secara sekali gus (bullet payment) bagi menyelesaikan hutang bon tersebut.
Oleh itu, adalah tidak tepat untuk beliau mengatakan bahawa bayaran ini adalah hasil daripada tindakan kerajaan Warisan. Pembayaran ini adalah hasil daripada perancangan kewangan berhemah yang telah dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu beberapa tahun sebelum bon tersebut matang.
Saya juga telah menjelaskan perkara ini dalam ucapan penggulungan saya di Dewan Undangan Negeri pada persidangan bulan Julai 2024.
Kerajaan kini komited untuk memastikan rakyat diberikan maklumat yang jelas dan tepat mengenai kewangan negeri, dan tidak akan membiarkan kenyataan yang mengelirukan dibiarkan tanpa penjelasan.
YB DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN
MENTERI KEWANGAN SABAH






















Leave a Reply