Tak Apa UMNO Berkerjasama Dengan DAP – Begok Puad Zarkashi

Nampaknya Puad Zarkashi semakin meracau, hilang jati diri sebagai totok UMNO.

Ada yang kata selagi si Puad tu tidak dihadiahkan jawatan maka selagi itulah hidupnya tidak ubah seperti “seorang” anjing yang menggonggong kelaparan.

Dibawah adalah catatan dari seorang pengguna Facebook bernama Daud Ibrahim.

Bila entry seperti ini admin kutip itu bererti ulasan yang dilontarkan ada kebenarannya dan benar ia bersambung dengan apa yang telah dinyatakan oleh si begok Puad Zarkashi.

Rabu 9hb Dis 2020
Puad : Politik Perak Norma Baharu
Oleh Daud Ibrahim

DALAM satu grup whasap org2 penting Umno, tersebar kenyataan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Puad Zarkashi yang menyifatkan apa yang berlaku di Perak, merupakan politik norma baharu.

Maknanya, Puad setuju dengan peristiwa ini. Malahan, Puad mengajak semua org Umno keluar dari kepompong lama, iaitu memusuhi DAP.

Puad juga menyindir PAS, parti asal dia waktu mula-mula masuk politik dulu. Kononnya PAS sudah geli dengan kuasa, bila Bersama PN.

Saya tidak pasti, adakah ini idea asli dari Puad atau ini idea dari pucuk pimpinan Umno.

Saya tidak pasti adakah sekarang Puad sudah berada di Perak untuk sama-sama menyusun gerak kerja bagi membantu Umno dan DAP untuk berada dlm kepompong baru.

Saya juga tidak pasti, apakah Puad sudah mengadakan perbincangan dengan DAP di peringkat DUN dan Parlimen Batu Pahat.

Saya juga tidak pasti, adakah Puad kini sedang berbincang dengan kawan-kawannya dlm KOK, seperti Khaled Nordin, Shahrir Samad, Razali Ibrahim dan Nurjazlan Mohamed untuk memulakan politik norma baru di Johor.

Cuma, dlm tulisan Puad yang saya baca seimbas lalu, mungkin silap kefahaman saya, Puad mengharapkan kerajaan PN di peringkat Persekutuan juga boleh sahaja ditumbangkan, jika Umno dan DAP bekerjasama.

Puad mahu melihat di depan matanya, sebelum dia meninggal (ini tafsiran saya), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tumbang sebagai Perdana Menteri.

Saya tidak tahu apakah Puad mahu melantik bekas PM menjadi PM semula, atau Puad mahu memohon menjadi Ketua Pengarah JASA semula.

Kalau Umno boleh bekerjasama dengan DAP di peringkat Persekutuan, JASA bukan sahaja dapat RM85.5 juta, tetapi saya percaya, DAP (jika mereka jadi Menteri Kewangan), akan bagi RM100 juta tambahan lagi wang untuk kembalikan JASA dan diberikan Puad Zarkashi menerajuinya.

Selama ini saya tidak perasan kehebatan Puad ketika menerajui JASA. Yang saya ingat JASA menjadi “jasad” selepas Puad menjadi Ketua Pengarahnya.

Rupa-rupanya, DAP perasan. DAP cukup takut dengan JASA hingga DAP antara pihak yang menentang hasrat kerajaan menghidupkan semula JASA dengan peruntukan RM85.5 juta.

PKR dan Amanah juga risau dengan kewujudan semula JASA.

Tetapi, andaikata berlaku kerjasama antara Umno dengan DAP (minta dijauhkan), akan hidup semula JASA yang Puad Zarkashi adalah KPnya…. Saya mungkin silap, tetapi saya meramalkan Puad akan naik ke pentas berceramah mempertahankan DAP yang selama ini menjadi musuh Umno, kerana kesilapan tafsiran dan berpolitik cara norma lama.

Norma baharu seperti yang Puad suka, apa yang terjadi di Perak, Umno kenalah berbaik-baik dengan DAP, walaupun terpaksa melutut kerana Umno mahu berpolitik keluar dari kepompong.

Saya percaya, di Batu Pahat, sudah ada yang mahu membuat rombongan (belanja sendiri) bagi melawat Perak yang sudah memulakan politik norma baharu.

Lawatan sambal belajar ini akan membolehkan ahli-ahli Umno dan para penyokong Puad memberi penerangan yang jelas kepada pengundi-pengundi di Batu Pahat, bahawa DAP bukanlah musuh orang-orang Melayu, malahan, DAPlah satu-satunya parti multiracial yang boleh dijadikan contoh dlm perjuangan politik di Malaysia.

Saya silap selama ini menganggap Puad adalah ahli politik yang sudah ‘muflis perjuangannya’ kerana saya tidak nampak lagi norma baharu yang dia lakukan dlm politik.

Tetapi, bila dia keluarkan kenyataan bahawa apa yang terjadi di Perak, Umno mengkhianati PPBM (seperti yang dikatakan oleh Setiausaha Agung PPBM), merupakan politik norma baharu.

Saya pun kena berfikiran dalam keadaan norma baharu. Saya tidak boleh lagi berfikiran mcm dulu-dulu.

Dulu, kalau saya berkempen membantu calon2 BN dlm pilihan raya, saya akan bantai DAP, sebab saya tahu DAP ini anti Melayu dan Islam. Walaupun mereka nampaknya mesra Melayu dan mesra Islam, hakikatnya…. Tidak begitu.

Saya yakin, selepas ini, kalau Puad terpilih lagi menjadi calon dlm pilihan raya, Puad bolehlah mencuba guna lambang DAP sekali.

Pasti Puad menang besar. Puad akan kembali menjadi Timbalan Menteri, boleh juga jadi KP JASA dan mungkin boleh diberi peranan menjaga KWSP.

Marilah kita semua, berfikiran cara norma baharu dan ucapkan selamat maju jaya kepada Puad Zarkashi dengan ucapan “SE DAP NO” !

(cukup dulu untuk hari ini. Esok saya tulis lagi)

“Mohon tiada yang buang nama penulis asal. Tulisan ini boleh dikongsi, tapi perlu lah dengan berintegriti, bertauliah dan berhemah. Page seperti Chegubard Original seharusnya tidak melakukan kesilapan seperti kongsi penulisan tanpa nama asal penulis”
#sampaimesej

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: