Wakil Rakyat GRS – Lengkapkan Diri Dengan Maklumat dan Tingkatkan Kefahaman

Semua wakil rakyat kerajaan baharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu melengkapkan diri dengan maklumat terkini termasuk meningkatkan kefahaman mengenai polisi dan dasar di peringkat negeri serta nasional.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia penting bukan saja untuk memberi keyakinan kepada rakyat, tetapi menjadikan seorang ahli politik itu lebih disegani dan berwibawa.

“Dalam era kecanggihan informasi, apa juga perkara yang berlaku akan tersebar dan menjadi viral dengan begitu pantas dan luas. Justeru sebagai pemimpin kerajaan, kita perlu sentiasa bersiap sedia melengkapkan diri dengan maklumat terkini terutama fakta.

“Semua wakil rakyat juga perlu memahami isu yang dibangkitkan sebelum mengambil tindakan atau membuat kenyataan di media rasmi atau sosial. Kita juga perlu membuat penyampaian dengan jelas dan tepat bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat. Minda rakyat hari ini tidak sama seperti dulu kerana ramai anak bangsa kita memiliki pendidikan dan kemahiran yang melangkaui persada global.

“Rakyat sama ada penyokong atau bukan sentiasa memerhati kita sebagai wakil mereka. Apa yang kita bahaskan dan cara penyampaian serta penampilan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mendapat perhatian media dan menjadi perbualan rakyat,” katanya ketika merasmikan Konferen Backbenchers GRS di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam; Pengerusi Kelab Backbenchers GRS, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan menteri serta pembantu menteri Kabinet negeri Sabah.

Konferen itu anjuran Kelab Backbenchers GRS bersama Jabatan Perkhidmatan Negeri Sabah (JPAN) dan Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS).

Hajiji berkata, berkomunikasi secara maya sudah menjadi kebiasaan baharu dalam semua peringkat masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini.

“Sudah pasti ini akan menjadi cabaran kepada wakil rakyat yang tidak menguasai kemahiran selari dengan perubahan tren ini. Pejabat Maya (Virtual Office) dan Small Office and Home Office (SOHO) juga telah semakin penting dan meluas dengan adanya pelbagai aplikasi atas talian yang mempermudah dan mempercepatkan kerja serta komunikasi.

“Justeru, saya berharap supaya aktiviti Kelab Backbenchers GRS ini akan terus digiatkan dan menjadi medan percambahan minda, menimba ilmu dan pengalaman demi pembangunan rakyat serta negeri ini,” katanya.

Hajiji turut merakamkan terima kasih kepada pemimpin dan wakil rakyat yang terus bekerjasama membantu rakyat yang terkesan dalam menghadapi pandemik COVID-19 ketika ini.

1 komen

  1. Huu .lari topik kawan..mau tanya..ada lagi bantuan bakul prihatin rakyat..anna harap ia diteruskan lagi bagi yg benar perlukan ..bukan nak kata..anna sendiri pun tersusah akibat keadaan ini..sungguhpun pekara yg boleh buat anna hidup lebih elok..anna belum tergerak mau tuntut itu ini..cuma kdg tu tak dapar tahan rasa bila ada aduan yg sgt perlukan pertolongan..kita nie tak kira mana pun berada tentu tahu begaimana rasa susah hidup ini..pada org yg ada kemampuan berduit (tokeh tokeh niaga) kumpul lah sorang sikit ..tolong bantu barangan pada yg memerlukan..anna harap budget Sabah mesti dimasukkan hal kebajikan utk rakyat Sabah yg terkesan susah akibat covid19..🙂

    Annaariff1972🌺💯💖🇺🇸🐝🐝😊

    Like

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: