
Pas enggan melayan kumpulan kecil tertentu di dalam UMNO.
Begitu ketegasan Presiden PAS terhadap kumpulan kecil dalam UMNO yang suka mencetuskan cerca merba dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Matlamat mereka jelas mudah supaya pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional tidak fokus hingga memaksa kerajaan mengeluarkan kenyataan yang kontroversi. Bila keadaan ini berlaku maka banyaklah provokatif yang akan dilemparkan oleh jentera UMNO yang tidak bertanggungjawab. Hal yang sudah sudah menjadi sejarah lapuk akan diungkit, seperti mana semasa pergolakan Menteri Besar Perak memuncak. Begitu banyak perbandingan tidak logik yang diangkat. Seperti contoh kerana perbuatan mengugurkan jawatan Menteri Besar Perak adalah satu pengkhianatan maka diungkitlah kehadiran bekas Wakil Wakil Rakyat BN dalam Bersatu sebagai konon lebih khianat berbanding mereka. Khianat apanya mereka meninggalkan Pakatan Harapan kerana melarikan diri daripada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh UMNO Perak adalah sebaliknya berkerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak. Tapi tidak apalah apa yang penting sekarang ialah agenda Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Titik.
Lanjut Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerjasama antara mereka dan UMNO adalah melalui wadah piagam Muafakat Nasional iaitu berdasarkan kepartian bukannya berasaskan kumpulan-kumpulan tertentu.
Fahamlah kamu siapa yang dimaksudkan sebagai kumpulan-kumpulan tertentu di dalam UMNO itu ya. Pada admin kumpulan yang dimaksudkan ialah mereka yang suka mengeluarkan kenyataan provokasi terhadap Bersatu dan keatas PAS itu sendiri. Seperti contoh menimbulkan polemik siapa yang patut mendominasi Perikatan Nasional.
- Jual Emas RM25 Juta, 6 Individu Termasuk Datuk Direman, Melibatkan Kerajaan Warisan
- Senallang, Sulabayan dan Bugaya, Adun Warisan Tidak Setuju RUU Anti Lompat Parti Sabah (Video)
- Adun Kunak, Norazlinah Bantai dan Cabar Balik Shafie Kaw Kaw Dalam Sidang DUN Sabah Ke 16 (Video)
- Pencerahan Permohonan Tanah Bil. 20-23150247 YB Datuk Abdul Ghani Yassin (ADUN Nabawan)
- Macai Warisan Tunjuk Perasaan Di Hadapan PPNS, Pasal Status Geran Komunal?
Tinggalkan Jawapan