Trojan Horse Untuk Menyelamatkan Najib dan Zahid Dari Hukuman Rasuah

Dari kelmarin lagi admin mahu ulas cerita ni, tergendala kerana line internet yang tidak berapa elok. Iaitu kewujudan Trojan Horse dalam parti UMNO yang didedahkan oleh pemimpin UMNO sendiri.

Annuar Musa adalah pemimpin UMNO yang pada admin cukup berwibawa dan menjadi penyelamat selepas UMNO sekali lagi berhadapan dengan krisis kepercayaan rentetan beberapa isu baru yang telah memberi kesan pada rakyat selain isu rasuah yang menjadi faktor kepada kejatuhan UMNO pada pilihan raya umum yang lepas.

Annuar Musa mendedahkan beberapa Pemimpin UMNO sedang berusaha untuk menjalin kerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP dalam masa yang sama ada pihak atau jentera dalaman UMNO yang berkerja keras untuk menjilat balik propaganda No DAP No Anwar.

Pokoknya ada usaha bersungguh untuk menyatukan UMNO, PKR dan DAP dan kini berada di peringkat akhir.

Walaupun Annuar tidak mendedahkan nama pemimpin pemimpin UMNO itu tapi admin percaya rakyat boleh menjangkakannya.

Pasti mereka adalah Najib dan Zahid yang terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah. Najib sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan berkaitan 1MDB dan dijangka beberapa lagi hukuman sedang menunggu berkaitan SRC.

Begitu juga dengan Zahid Hamidi sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah melibatkan dana Yayasan Akal Budi.

Sebab itulah Najib, Zahid, PKR dan DAP berusaha menjatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggantikannya dengan Anwar Ibrahim dengan harapan tuduhan Najib Razak dan Zahid Hamidi di Mahkamah ditarik balik melalui kuasa Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

Dalam pada itu entah betul entah tidak Lokman Adam mendakwa pada 15 Disember ini Perdana Menteri Malaysia akan bertukar bilamana lapan Ahli Parlimen daripada BN bertindak menyokong Anwar Ibrahim (PKR dan DAP). Namun bukan Anwar yang dilantik tetapi Najib Razak sebagai Perdana Menteri interim.

Padan pun Timbalan Pengerusi UMNO Johor si Nur Jazlan tiba tiba mendakwa UMNO akan meninggalkan Perikatan Nasional sekiranya Bersatu terus mengetuai gabungan itu dan akan bekerjasama dengan DAP dan PKR walaupun selama ini adalah musuh tradisi UMNO.

Menurutnya ada beberapa alasan kenapa UMNO akan bekerjasama dengan DAP antaranya kawasan yang dimenangi oleh DAP terdiri daripada pengundi kaum Cina. Sedangkan UMNO terdiri daripada pengundi kaum Melayu. Ini akan memudahkan pengagihan kerusi diantara mereka. Selain kononnya kerjasama itu baik untuk negara kerana Malaysia akan dilihat proaktif kerana ditadbir oleh dua kumpulan besar parti politik yang mewakili kaum masing-masing.

Begitu juga dengan Noh Omar tiba-tiba bercakap soal siapa yang sepatutnya mengetuai Perikatan Nasional. Rupanya nak cover sebarang kemungkinan yang akan dihadapi oleh Trojan Horse sekiranya gagal atau berjaya dari konteks mengekalkan kepercayaan ahli UMNO keatas mereka.

Kesimpulannya UMNO sanggup menjual sokongan Melayu pada DAP dan PKR demi melepaskan Najib dan Zahid Hamidi dari tuduhan rasuah di Mahkamah.

Dijangka pada 14hb Disember ini Anwar akan menghadap yang di-pertuan Agong bagi mempersembahkan akuan bersumpah sekaligus menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Kalau tidak silap ini adalah kali yang ke 3 Anwar mendakwa dirinya memiliki sokongan daripada Ahli Parlimen hingga membolehkan dirinya diangkat sebagai Perdana Menteri.

Anggap saja rencana Trojan Horse ini gagal, tidak ia akan merosakkan reputasi UMNO di mata orang orang Melayu? Kita tunggu dan lihat.

Pada rakyat yang berkenaan tolong jaga Perikatan Nasional ni, nampaknya tinggal reputasi gabungan parti ini yang mampu menyelamatkan kerajaan hari ini demi menjamin kemenangan di pilihan raya umum yang akan datang.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: