Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan atas kelulusan Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam Belanjawan 2021 itu antara lain yang diluluskan ialah sejumlah RM50 juta tambahan diperuntukkan kepada Sabah pada bulan Disember ini untuk memerangi pandemik Covid-19.
Sabah turut mendapat peruntukan daripada peruntukan kerajaan Persekutuan bernilai RM3 bilion dalam memerangi Covid-19 sejak wabak itu melanda awal tahun ini melalui pelbagai saluran termasuk bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan NADMA.
“Oleh itu, bagi pihak Kerajaan Sabah, saya ingin merakamkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional atas kelulusan belanjawan sulungnya ini,” katanya.
Ketua Menteri mengulas kelulusan Belanjawan 2021 yang mendapat sokongan majoroti selepas ucapan penggulungan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, hari ini.
Belanjawan ini mewakili 20.6 peratus daripada keseluruhan kadar domestik negara kasar(KDNK),melebihi peruntukan tahun lepas sebanyak RM297 billion seterusnya merupakan peruntukan bajet terbesar negara setakat ini
Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan rakan sejawat di Persekutuan dalam memastikan semua program pembangunan yang dinyatakan dalam Belanjawan 2021 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Datuk HAJIJI..
seperti yang dinyatakan oleh kerajaan negeri Sabah telah memberikan bantuan covid..
Sehingga kini sa masih X dpt bantuan covid..
Sa tergolong dalam kategori B40..
Ada bantuan ne pilih kasih.
LikeLike
Bantuan apa tu oh. Bantuan apa tu ah
LikeLike