KM Hajiji Menunaikan Solat Jumaat Di Masjid Bandaraya KK

Kota Kinabalu, 27 November 2020: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.


Beliau turut melihat sendiri solat Jumaat mengikut SOP yang telah ditetapkan untuk masjid dan surau oleh pihak berkuasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Semua masjid dan surau dalam zon merah dan jingga COVID-19 di Sabah dibolehkan beroperasi dengan kehadiran sehingga 40 jemaah bagi menunaikan solat Jumaat bermula hari ini.


Kebenaran itu berkuat kuasa mulai 25 November 2020 hingga 6 Disember 2020 selaras kelonggaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.


Bagi solat fardu lima waktu, masjid dan surau di kawasan itu dibenar mengadakan solat berjemaah yang dihadiri sehingga 30 orang.


Mulai 25 November 2020 juga, semua masjid dan surau dalam zon kuning serta hijau dibenarkan beroperasi dengan kehadiran satu pertiga daripada kapasiti ruang ibadat bagi solat Jumaat, manakala sehingga 40 orang bagi solat fardu lima waktu.


Turut menunaikan solat Jumaat bersama Hajiji ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato Samsuni Mohd Nor, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Haji Saifulzaman Bin Sangul dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abdul Jamal Tun Sakaran.


Mari kita doakan semoga Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor sentiasa dalam lindunganNya. Aameen.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.