Hanya mampu terkebil-kebil terkedu, expressi itu yang kelihatan pada raut muka seorang panel yang juga Ketua Penerangan UMNO, Sharil Hamdan. Bila mana dia mendengar pernyataan yang bertentangan dengan apa yang dia yakini atau ketahui sebelum ini.
Nampak benar sebelum ini cukup syok dan tidak sedar diri.
Pelik seorang pemimpin muda UMNO yang baru saja mengalami kekalahan besar pada pilihanraya yang lepas. Namun masih belum sedar diri.
Masa dia tidak tahu apa yang menyebabkan UMNO ditolak pada pilihan raya lepas. Masa dia belum tahu siapa sebenarnya yang menentukan kemenangan parti yang bertanding adakah kerana banyaknya cawangan parti atau kerana faktor calon atau pemimpin yang diterima oleh pengundi yang tidak memihak pada mana-mana parti.
UMNO adalah parti yang tumbang pada pilihan raya umum yang lepas tapi ikut sama membentuk kerajaan. Pelik bukan. Haha!
Justeru itu, masa seorang pemimpin muda tidak tahu atau tidak pandai bersyukur.
Masa juga dia tidak tahu faktor yang menyebabkan PAS mampu bertahan malah mendapat banyak kerusi Parlimen pada pilihan raya umum yang lepas. Selain kerana UMNO adalah parti yang ditolak oleh majoriti penyokong PAS dan kebanyakan pengundi atas pagar.
Ditolak kerana UMNO dianggap sebagai parti yang telah menyimpang dari agama sebab itulah dikafirkan oleh PAS. UMNO juga dilihat telah menyimpang dari memperjuangkan nasib rakyat bilamana kuasa disalahgunakan untuk kepentingan diri dan kroni.
Dan sehingga ke hari ini pemimpin-pemimpin UMNO yang terpalit dengan skandal salahgunakuasa sedang dibicarakan di Mahkamah.
Ketua Penerangan UMNO bertanya pada Menteri Wilayah, Annuar Musa yang juga pemimpin UMNO.
Kenapa tidak saja UMNO meninggalkan PPBM dan hanya bekerjasama dengan PAS. Memandangkan PPBM tidak mempunyai cawangan yang banyak di peringkat akar umbi. Lebih kurang begitulah soalan sombong bodoh yang dikemukakan.
Justru kamu dengarkan jawapan yang diberikan. Macam orang yang ditampar dengan tahi.
Diharap agar selepas ini bolehlah para kepimpinan UMNO bersikap rendah diri. Jangan lagi cuba berlagak abang besar paling jelek bersikap sombong bodoh. Memualkan!
Sebaliknya eratkan setiakawan didalam Perikatan Nasional. Siapa tahu UMNO dapat menumpang kasih dan rakyat dapat melupakan kesalahan mereka.
Ingatlah kawan rakyat tahu apa yang dilakukan oleh UMNO hingga UMNO tumbangkan. Jangan jadikan kemenangan di beberapa PRK sebagai kayu ukur beza tu bahangnya antara pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.
Jangan juga lupa kawan di pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini calon UMNO kalah memalukan pada calon Bebas. Menunjukkan marhaen Sabah yang tidak kisah dengan politik pun mula jemu pada UMNO sedangkan golongan inilah yang menjadi modal UMNO sejak berdekad yang lalu.
Tinggalkan Jawapan