Kerajaan Negeri Menerima Bantuan Dana 50K dan PPE

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerima bantuan dana sebanyak RM50,000 sumbangan daripada 99 Speed Mart (East Malaysia) Sdn.Bhd dalam membantu menangani dan memerangi pandemic COVID-19 di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang mewakili kerajaan negeri turut menerima 5,000 unit PPE baju suit (coverall) sumbangan daripada Yayasan MyPrihatin.

Bercakap pada majlis penyerahan bantuan COVID-19 itu, Hajiji berkata kerajaan negeri mahu lebih banyak penglibatan dan sumbangan daripada syarikat korporat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam membantu menangani dan memerangi pandemik COVID-19 di negeri ini.

Beliau turut melahirkan rasa gembira mengetahui banyak syarikat korporat dan NGO tampil membantu dengan memberikan pelbagai sumbangan kepada rakyat yang terkesan dan terjejas teruk akibat pandemik ini.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih dan berharap kerjasama seperti ini akan berterusan”, katanya selepas majlis penyerahan Bantuan COVID-19 tersebut di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Pengurus Besar (East Malaysia) Speed Mart, Encik Lim Kok Wei menyerahkan sumbangan itu, manakala Yayasan MyPrihatin diwakili oleh Ir.Rohan Ahmat.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Safar Untong dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Puan Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof.

Katanya, kes COVID-19 di Sabah masih pada angka 3 digit iaitu 311 kes dan 3 kematian selain tidak ada kluster baharu dilaporkan pada 22 November 2020 (Ahad). Jumlah tersebut menurun berbanding 346 kes pada Sabtu.

Hajiji berkata, dalam Perbekalan Tambahan Kedua 2020 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 16 November 2020, sejumlah RM375.12 juta (53 peratus) diperuntukan untuk membantu menangani pandemik COVID-19.

“Sejumlah RM160 juta daripadanya juga diperuntukkan untuk Pakej Bantuan Prihatin COVID-19, kepada rakyat yang terkesan dan terjejas teruk”, tegasnya.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan RM50 juta menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi membendung COVID-19 seperti pembelian peralatan perlindungan diri dan keperluan di pusat kuarantin serta rawatan COVID-19.
-Tamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.