Sampaikan Bantuan Bakul Makanan – KM Hajiji


Dalam kesibukan mentadbir negeri, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meluangkan masa pada hujung minggu untuk menyerah sendiri sumbangan bantuan bakul makanan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.


Beliau telah menyerahkan sumbangan peribadinya itu kepada wakil penduduk kampung dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dan DUN Dalit untuk diagih-agihkan kepada penduduk kampung yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di perkarangan Tembara, hari ini.


Hajiji merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman dan Ketua BERSATU bahagian Tuaran.


Turut hadir ialah Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Tuaran, Encik Abdul Kassim Razali dan Ketua Daerah Tuaran, Datuk Mohd Daud Sedek. Pemain bolasepak negeri Sabah, Mafry Balang turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.