Warisan Adalah Kerajaan Yang Gagal (Video)

Calon DUN Apas Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mendedahkan kelemahan dan kegagalan kerajaan Warisan sepanjang tempoh dua tahun setengah memerintah Sabah.

Pelbagai janji manis yang diberikan sebelum menjadi kerajaan tetapi bila sudah menjadi kerajaan boleh pula Presiden Warisan atau Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal mengingatkan masyarakat Sabah agar jangan terlalu meminta bantuan kerajaan negeri.

Habis itu, ujar Datuk Nizam Titingan dalam ucapannya harus pada siapa lagi masyarakat Sabah meminta bantuan kalau bukan pada kerajaan negeri.

Malah beliau sendiri pernah menegur Shafie Apdal di sidang Dewan Undangan Negeri Sabah. Berkenaan kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat Sabah ketika mereka berada dalam tempoh PKP. Tapi teguranya di pandang sebelah mata. Terbukti selepas itu sebilangan besar masyarakat Sabah tidak mendapat bantuan Covid yang dijanjikan.

Justeru itu beliau menasihatkan pengundi agar turun beramai-ramai. Ini adalah peluang untuk membetulkan kesilapan pada pilihanraya yang lepas setelah mengundi calon-calon Parti Warisan, DAP atau Pakatan Harapan.

Oleh itu pada 26 September 2020 ini jangan buat salah lagi. Pastikan turun beramai-ramai dan mengundi calon-calon Perikatan Nasional.

Pokoknya kerajaan Warisan adalah kerajaan yang gagal sebab itu hanya mampu bertahan dua setengah tahun.

Untuk lebih jelas dan faham tentang apa yang disampaikan oleh calon Perikatan Nasional (Bersatu) DUN Apas itu. Tolong dengarkan ucapan beliau dalam video diatas. Ia cukup menarik dan benar benar menyentuh rakyat. Kesian masyarakat Sabah yang majoritinya terkesan secara langsung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.