Pencerobohan Di Tanduo dan Covid 19 Di Lahad Datu Adalah Sandiwara – Warisan. Kurang Asam!

Berkenaan perlekehkan yang dilontarkan oleh mantan Menteri Pelancongan Malaysia Mohammadin Ketapi keatas insiden pencerobohan di Tanduo Lahad Datu pada tahun 2013 hingga mengorbankan beberapa anggota keselamatan. Demi menjaga kedaulatan negeri Sabah dari ancaman pihak luar atau penceroboh.

Ia adalah kenyataan yang kurang ajar dan tidak bertanggungjawab dari kepimpinan Warisan.

Pemimpin Warisan itu mendakwa insiden pencerobohan di Lahad Datu hanyalah sandiwara politik yang bertujuan untuk menakutkan rakyat kerana waktu itu UMNO/BN berhadapan dengan pilihan raya. Menurutnya lagi yang bertempur dengan anggota keselamatan bukannnya penceroboh tapi ayam dan anjing.

Pemimpin Warisan itu juga mendakwa Kereta Kebal yang digunakan semasa kejadian bukannya untuk berlawan dengan penceroboh tapi hanya berjaya merosakkan Ladang Kelapa Sawit orang.

Entah apalah apa jenis pemimpin sperti ini.

Dakwaan itu telah menyebabkan hadirin yang terdiri dari penyokong Warisan bergelak ketawa. Mentertawakan pengorbanan anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka. Sedih!

Nah yang terbaru yang juga kenyataan yang penuh kontroversi. Dia mendakwa bahawa kes positif Covid 19 di Lahad Datu yang hari ini telah mencecah ratusan adalah juga sandiwara politik. Angka angka itu akan kosong bila saja pilihan raya negeri selesai. Kurang asam!

Jadi siapa sebenarnya yang membubarkan DUN Sabah?

Pencerobohan itu tidak hanya berlaku di Tanduo Lahad Datu tapi juga merebak hingga ke Semporna. Menyebabkan lima anggota keselamatan telah terkorban di Kampung Simunul dan sekitar Sempora.

Semasa kejadian admin bersama rombongan Shafie berada di rumahnya. Kerana rasa ingin tahu kami bergegas ke tempat kejadian. Nah itu gambar dibawah ketika kami menuju dan berada di lokasi dimana seorang pengganas telah berjaya dibunuh oleh orang kampung. Gambar itu admin yang ambil sendiri.

Jadi dakwaan orang kuat Presiden Warisan kononnya kejadian itu hanyalah satu sandiwara politik. Menunjukkan pemimpin pemimpin Warisan memang tidak ada adab dan kurang ajar. Hakikatnya mereka tahu kebenaran peristiwa itu tapi sengaja dipesongkan untuk mengalihkan perhatian pengundi agar menyalahkan kerajaan Perikatan Nasional dan akhirnya mengundi calon-calon Warisan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.