Anggota Polis Ditahan SPRM Bawa Wang Beli Pengundi

Kota Kinabalu: Dua anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu, ditahan selepas dipercayai membawa sejumlah wang disyaki untuk ‘membeli’ undi bagi mengundi sebuah parti politik tempatan.

Anggota terbabit ditahan di sekitar Lahad Datu, semalam.

Sumber berkata, suspek dikatakan menjadi ‘orang tengah’ untuk memberikan wang berkenaan kepada pengundi yang mengundi awal hari ini.

“Suspek ditahan pasukannya selepas menerima maklumat risikan berhubung tindakannya yang menjadi wakil kepada parti politik itu.null

“Wang itu dipercayai akan diberikan kepada anggota agar mengundi parti berkenaan hari ini,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, suspek sudah dibawa ke pejabat SPRM Lahad Datu, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota terbabit.

Beliau berkata, siasatan lanjut kini diambil alih SPRM.

“Saya sahkan penahanan anggota terbabit dan polis sudah serahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut,” katanya.


Baru saja pagi tadi macai Warisan memperlekeh kesahihan kenyataan yang admin muatkan di Page Jalin Luin pasal politik wang yang menjadi amalan Shafie aka parti Warisan. Dimana selepas itu telah dikongsi oleh seorang kawan yang juga pengamal media, Ratunaga.

Nah inilah jawapannya SPRM telah berjaya mencekup dua anggota Polis yang disyaki membawa sejumlah wang untuk merasuah pengundi pos yang juga anggota Polis dll.

Apa macam berpuas hati?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.