Kebakaran dipercayai berlaku sebentar tadi di Kampung Lok Batik, Tuaran.
Sehingga saat ini belum ada maklumat sahih yang menyatakan jumlah rumah dan ahli keluarga yang terbabit.
Kebetulan waktu itu Ketua Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor berada dilokasi kejadian dalam rangka berkempen untuk pilihan raya negeri Sabah.
Kelihatan dalam Video dan gambar Datuk Hajiji Noor sedang menenangkan salah seorang mangsa. Alhamdulillah begitulah bila seorang pemimpin itu benar benar-benar berjiwa rakyat tanpa mengira keadaan akan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan hingga lupa menjaga keselamatan diri atau menggunakan mask keselamatan.
Kita doakan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini. Pasti ada hikmah di sebaliknya.