Ahh nah kenapa Shafie macam kucing kehilangan anak sudah tu.
Tidak usahlah Shafie mempersoalkan bangsa orang lain atau Tan Sri Musa Aman kalau pada hakikatnya ketulenan bangsanya sendiri boleh dipersoalkan. Oleh itu kalau berpolitik atau berkempen tu, berkempen sajalah.
Tetiba pula Datuk Shafie membuat dakwaan yang keterlaluan hanya kerana cuba menagih simpati dari pengundi di daerah Kunak khasnya dan umumnya di pantai timur Sabah
Datuk Shafie mendakwa kuburan neneknya ada di Semporna sedangkan kononnya Tan Sri Musa Aman belum tentu. Justeru itu katanya dia bukan pendatang asing tanpa izin atau PATI. Dia berkata demikian ketika berkempen di daerah Kunak pagi tadi.
Entah pihak mana yang mendakwa Datuk Shafie sebagai PTI. Entah entah segelintir masyarakat KDMR sebelum mereka menyokong parti Warisan tapi tadi pagi sengaja dimanipulasi oleh Datuk Shafie Apdal.
Kalau namanya Tan Sri Musa Aman. Sekalipun admin tidak pernah mendengar Tan Sri Musa Aman melontarkan kata kata nista terhadap Datuk Shafie apa lagi mempersoalkan bangsanya.
Hanya Shafie yang tiba tiba emosi lantang mempersoal bangsa orang lain. Seolah olah dia sendiri tidak boleh dipersoalkan.
Pada hakikatnya semua orang Bajau dari pantai timur Sabah adalah sebenarnya berasal usul dari Selatan Filipina. Semuanya berasal dari sana, termasuklah Datuk Shafie Apdal hatta TYT Sabah sekalipun.
Memanglah tidak dinafikan sekarang Datuk Shafie bukannya PATI tapi sebelum itu bapanya adalah bekas PATI memandangkan asal namanya Bajau yang bermastautin di pantai timur Sabah, pada asalnya datang dari Selatan Filipina, begitu juga dengan orang lain. Justeru itu tidak usahlah Datuk Shafie membuat dakwaan yang sedemikian macam ada unsur-unsur perkauman pula. Hemmm!
Admin ni hanyalah malas memanjangkan polemik seperti ini nanti lain pula perginya. Hakikatnya admin tahu banyak hal tapi pastikan lah kenyataan seperti tidak berulang. Malu kita sebagai orang Sabah.
Tinggalkan Jawapan