Kalau ini benar memang teruk propaganda Warisan ni (sememangnya benar pun). Style yang sama semasa mereka berhadapan dengan pilihan raya umum yang lepas. Selain janji-menuntut berkaitan perjanjian 1963 yang retorik malah memainkan sentimen bangsa dan agama seperti ini.
Tidak berhenti disitu, sejak kebelakangan ini semakin menjadi jadi pula jawatan daerah yang boleh disandang oleh pelbagai bangsa dan agama cuba pula dinafikan sekaligus dipropagandakan. Dimana jawatan berkenaan hanya boleh disandang oleh mereka yang beragama kristian dan sudah tentulah hanya mereka yang berfahaman parti Warisan. (Iyalah untuk apa mereka sanggup memainkan propaganda yang jelek seperti ini kalau penyokong parti lain dan seorang muslim pun boleh dilantik menjadi ketua ke jawatan tertentu diperingkat daerah)
Walhal bukan mereka tidak tahu hari ini antara sebab kenapa golongan tertentu dalam masyarakat menolak parti Warisan adalah kerana mereka dapati pentadbiran Warisan terlalu kekitaan dan terlalu menjaga kroni hingga jawatan tertinggi dalam satu satu agensi kerajaan atau separuh kerajaan hanya dimonopoli oleh bangsa Bajau tertentu atau kroni rapat dari Semporna adapun Bajau Suluk lain hanya mampu hidup segan tapi tak mahu walaupun sebenarnya bilangan mereka cukup banyak atau majoriti.
Macam tidak ada sudah bangsa lain atau dari kalangan Bajau Suluk yang sebenarnya lebih berkelayakan dan berintgeriti dari mereka.
Sentimen yang admin maksudkan adalah seperti dibawah dimana Tan Sri Richard Malanjum menegaskan sepatutnya ketua daerah dijawat oleh mereka yang bukan muslim. Mungkin kah polemik ini bertujuan untuk menafikan apa yang telah dilakukan oleh Shafie Apdal pada waktu itu hanya melantik orang tertentu di kalangan kaumnya walaupun sebenarnya tidak berkelayakan?

Kurang asam punya Warisan. Nampak benar kehabisan modal propaganda.
Mungkin ramai yang sudah tahu baru-baru ini tersebar khabar berita ternyata Tan Sri Richard Malanjun, bekas ketua hakim akan bertanding atas tiket parti warisan.
Justeru itulah ramai masyarakat Sabah yang berharap dan atas nama keadilan sekiranya tidak ada pilihan raya negeri dan jawatan Ketua Menteri Sabah hanya perlu diserahkan balik pada penyandangnya Tan Sri Musa Aman. Tidak kurang juga yang berharap sekiranya TYT turut dipertanggungjawabkan.
Sebelum ini seorang pemimpin Warisan yang bernama Peter Anthony telah mendakwa bahawa sebenarnya KDMR bukannya penduduk asal negeri Sabah. Ada yang tidak percaya kah? Admin ada videonya ni. He!
Pada waktu itu para penyokong dan jentera parti Warisan saling bertegang leher kononya menegakkan jati diri mereka setelah apa yang dinyatakan oleh Peter Anthony di atas. Malangnya kepimpinan yang mereka sanjung itu, belum pun sampai sepenggal sudah didakwa di Mahkamah dan ada yang sedang disiasat oleh SPRM dan LHDN. Itu membuktikan mereka tidak berkredibiliti bukan hanya sanggup menggadai maruah bangsa tapi kepercayaan setelah kuasa berada di tangan mereka.
Hasilnya ramai di kalangan masyarakat Sabah yang bimbang akan kehormonian yang mereka akan hadapi di masa-masa yang akan datang sekiranya parti warisan terus diberikan “mandat” untuk mentadbir mereka.
Justeru itulah jangan ada yang merasa marah dan hairan bila admin terpaksa memainkan sentimen yang sama tujuannya supaya mereka yang berkenaan iaitu pemimpin, penyokong dan jentera parti Warisan sedar diri dan jangan lagi bermain dengan sentimen bangsa dan agama. Nah kalau tidak akan berlarutan tu sehinggalah bangsa Sabah ini rosak binasa kerana kerakusan parti Warisan. Menjadi anjing kurap di negeri sendiri.
Warisan adalah parti yang pelik dan memalukan, nampak macam ke depan tapi sebenarnya melangkah ke belakang.
Tinggalkan Jawapan