Suka admin mengambil entri Tan Sri Rahim Thamby Chik berhubung kemelut perlantikan jawatan Ketua Menteri Sabah yang pada awalnya disandang oleh Tan Sri Musa Aman sebelum dirobos oleh Datuk Shafie Apdal.
Entah perlembagaan apa yang dirujuk oleh parti Warisan pada saat itu dan adakah TYT Sabah telah mematuhi dan memenuhi perlembagaan Sabah sebelum membenarkan Datuk Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah.
Kemelut perlantikan jawatan Ketua Menteri Sabah tidak berhenti disitu. Kali seterusnya selepas Tan Sri Musa Aman mendapat sokongan majoriti daripada 33 Adun tetapi tidak diakui oleh penyandang Datuk Shafie Apdal lalu bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah.
Yang dipersoalkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik ialah adakah TYT telah memenuhi dan mematuhi perlembagaan. Seperti mana ulasannya dibawah.
Mahkamah Persekutuan Benarkan Musa Semak Status Ketua Menteri Sabah
Perlembagaan Sendi Sistem Kenegaraan.
Perlembagaan Negara sebagai Ibu Undang-undang Malaysia sentiasa teruji dan diuji terutamanya dalam aspek penggantian sesebuah kerajaan dengan sebuah kerajaan yang baru yang berlaku baik di perengkat pusat atau negeri.
Pokoknya adalah kerajaan yg memerintah pada ketika itu tidak lagi mempunyai majoriti yg diperlukan Perlembagaan Negara/ Perlembagaan Negeri utk meneruskan pemerintahannya dan kerana ini maka kelayakan kerajaan yg memerintah ini terbubar dengan sendirinya.
Di Malaysia ini, bila berlaku situasi kehilangan majoriti, 2 sinario akan wujud,
1. Ketua Kerajaan akan memohon kepada Ketua Negara/ Ketua Negeri agar Dewan Rakyat/ Dewan Negeri dibubarkan dan jika ini dipersetujui, satu pilihan raya baru akan diistiharkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk negara/ negeri berkenaan.
2. Ketua Negara/Ketua Negeri yakin bahawa sebuah pilihan raya baru tidak perlu diadakan kerana satu pihak lain mempunyai cukup majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan baru bagi meneruskan pemerintahan untuk rakyat.
Bagi kaedah ke 2, Ketua Negara/ Ketua Negari amat berhati-hati dalam mempastikan bahawa “majoriti” yang dimiliki pihak bakal pengganti kerajaan itu benar benar wujud dengan melihat sendiri Kenyataan Berkanun ( SD) setiap wakil rakyat yg berkenaan serta bertemu sendiri secara fizikal dengan setiap wakil rakyat yg terlibat bagi mempastikan majoriti seperti yang dikehendaki Perlembagaan itu dipenuhi.
Setelah ini terlaksana, barulah Ketua Negara/Negeri menyatakan persetujuannya agar kerajaan yang baru boleh ditubuhkan secara sah bagi menggantikan kerajaan yang lama yang tidak mempunyai cukup majoriti.
Dalam laluan sejarah demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan di Malaysia, ianya pernah berlaku di negari Perak dan di peringkat negara dengan tertubuhnya kerajaan PN menggantikan kerajaan PH baru baru ini.
Ada persoalan sedikit di kacamata rakyat secara umum dimana ketika Shafie Afdal menggantikan Musa Aman sebagai Ketua Menteri yang baru dalam masa 48 jam dulu, adakah pendekatan atau prosidur perlembagaan saperti yg berlaku di Perak dan di peringkat Pusat itu telah diikuti dan dipenuhi?
Hanya sistem mahkamah tertinggi di negara ini saja akan menentukan kesahihan perlantikan seseorang Ketua Negeri walaupun ianya telah berlaku lebih awal.
Rakyat masakini sedang menunggu keputusan mahkamah dengan debaran hati.
Entry Facebook Tan Sri Rahim Thamby Chik.
- PM Anwar Puji Kepimpinan KM Hajiji Yang Benar Benar Ingin Memajukan Rakyat Sabah (Video)
- Rakyat Sabah Bangga dan Teruja PM Anwar Hadir Pesta Kaamatan – KM Hajiji
- KM Hajiji Haji Noor , Joseph Pairin Kitingan dan Jeffrey Kitingan Sambut Pesta Kaamatan Di KDCA Penampang
- Krisis Bekalan Letrik dan Air Lebih Teruk Era Kerajaan Warisan (Video)
- Apa Ditulis Calon Warisan Yang Kalah Kepada Bung Mokhtar. Hak Sabah Hilang Selepas RUU Sabah?
Rakyat sedang menunggu keputusan daripada Mahkamah Tinggi bagi Menentukan kedudukan kemelut politik Dan Kerajaan Negeri Sabah.
LikeLike
Apa pun kata Rahim Tambi Cik, dia bukan HAKIM. Dia cuma mantan Ketua Menteri Melaka with bad personal reputation.
Saya pasti Hakim memahami Perlembagaan Persekutuan, jadi jgn risau. He will make the right decission berdasarkan Perlembagaan.
TYT adalah ketua Negeri Sabah. Tarafnya, sama macam Yang Dipertuan Agong. Jika TYT boleh dicabar, maknanya Agong pun boleh dicabar. Kamu tak usah haraplah Muhyiddin akan camour urusan Hakim. Saya pasti SABAH akan mrnghadapi pilihanraya pada 26 September. SIAPA yg menang, dialah KERAJAAN YANG SAH. Rakyat sudah membuat pilihan. Terimalah dgn fikiran terbuka. Cuba lagi next PRK.
LikeLike