Selepas Keputusan Salah Najib. Ahli-ahli Parlimen BN Bertemu Dengan PM Muhyiddin

Selepas peristiwa semalam yang memperlihatkan Najib Razak didapati bersalah oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan berhubung skandal SRC yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara.

Sejurus keputusan Mahkamah Tinggi itu Presiden UMNO Malaysia Zahid Hamidi menerusi rakaman video telah membuat kenyataan yang agak sinis menggambarkan UMNO akan membatalkan kerjasama mereka dalam Perikatan Nasional.

Hari ini Ahli Parlimen Barisan Nasional mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Parlimen.

Kita tunggu dan lihatlah. Apa agaknya yang mereka bincangkan. Jangan sampai merugikan UMNO kerana UMNO akan berseorangan, kesian juga nanti kan. Terutama UMNO Sabah ni mana boleh bersaing atau bangkit tanpa kuasa dan populariti yang ada pada PPBM Sabah (Bersatu)

Lihat sahaja manifesto UMNO Sabah, Bung Moktar. UMNO Labuan sendiri menolak manifesto untuk mengembalikan Labuan kepada Sabah. Bukan hanya UMNO Labuan yang menolak, masyarakat Sabah juga menolaknya kerana dikira manifesto seperti itu sudah tidak relevan, ditambah yang membawanya adalah UMNO, parti yang tidak sesuai.

Namun begitu admin yakin UMNO tidak akan tegar membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional kerana mereka pun sedar dan pandai mensyukuri. Mana ada parti di dunia ini yang kalah di pilihanraya tapi hari ini menjadi kerajaan ataupun sebahagian daripada kerajaan.

Jangan UMNO mengambil kira pendapat Cybertroper UMNO yang emosional kerana apa yang menimpa Najib. Nanti masyarakat membenarkan bahawa sememangnya UMNO adalah parti sejak dari dulu tidak berani berubah iaitu mengakui kelemahan diri dan mengakui kelebihan orang lain.

Masih ada beberapa pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan di Mahkamah ini sudah tentu telah menjejaskan sokongan masyarakat terhadap UMNO itu sendiri. Jadi kalau mereka keluar daripada Perikatan Nasional maka parti PPBM, PAS dan Parti Parti Tempatan Sabah akan kelihatan terlalu bersih sedangkan UMNO waktu itu akan kelihatan terlalu kotor. Jadi jangan tinggalkan Perikatan Nasional (PN)

Apapun kita tunggu apa agaknya isu yang dibawa oleh Presiden UMNO dan apa keputusan mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: