Najib Bersalah Skandal SRC Sekaligus Ingatan Buat Warisan

Hari ini adalah perbicaraan akhir bagi skandal SRC melibatkan dana RM42 juta keatas Najib Razak.

Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa Najib Razak didapati bersalah menyalahgunakan kuasa melibatkan dana RM42 juta yang dipinjam daripada KWAP atas nama SRC Sendirian Berhad.

Keputusan dibuat selepas Hakim mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Najib berdepan dengan 67 pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Najib boleh dikenakan sehingga 20 tahun penjara dan denda minimum 5 kali ganda nilai rasuah atau sepuluh ribu ringgit mengikut mana yang lebih tinggi.

Najib masih ada satu peluang melalui Mahkamah Rayuan. Sebelum menjalani hukuman penjara 20 tahun.

Ketika artikel ini dicatatkan ada lagi lima atau enam keputusan yang belum disebut oleh Hakim.

Moralnya adalah inilah keadilan, ini juga membuktikan sistem kehakiman di Malaysia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Yang bersalah akan dipertanggungjawabkan yang tidak bersalah akan dilepaskan.

Selepas ini jangan lagi ada di kalangan penyokong parti atau pemimpin yang suka menyalahkan sistem kehakiman di negara ini jika keputusan itu tidak memihak mereka. Walaupun keputusan itu dibacakan oleh Mahkamah Rayuan.

Khususnya macai-macai Parti Warisan bila satu satu keputusan Mahkamah itu tidak memihak, maka mereka akan katakan sistem keadilan telah dipolitikkan. Begitu juga bila agensi seperti SPRM dan LHDN menyiasat mereka. Kepala otak berjambul. Haha!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.