Ngamlah Menteri Belia Sukan Sabah Dilarang Memasuki Sekolah

Ngamlah tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia melarang Menteri Belia Sukan Sabah bagi menghadiri sebarang Majlis rasmi di semua sekolah.

Sebelum ini tindakan yang sama dikenakan terhadap Ketua Menteri Sabah Shafie bila mana surat jemputan ditarik balik bagi menghadiri majlis perasmian sambutan Hari Guru peringkat Negeri Sabah.

Ironinya sebahagian Guru di negeri ini bersetuju dengan tindakan Kementerian berkenaan. Pada mereka Ketua Menteri Shafie tidak arif soal sistem pendidikan di negara ini. Jadi menjemputnya ke majlis seperti itu hanya akan digunakan untuk menyebarkan pengaruh politiknya dikalangan Guru-Guru dan itu sudah tentu tidak meningkatkan kualiti pendidikan di negeri Sabah, sebaliknya yang berlaku. Juga nanti peluang hadir di Majlis seperti itu hanya akan digunakan oleh Guru-Guru yang berkecimpung dalam bidang kontraktor bagi menghulurkan surat permohonan projek mereka.

Sudahlah sejak Warisan menjadi kerajaan negeri isu Guru-Guru terlibat dalam bidang kontraktor hangat diperkatakan oleh masyarakat. Tidak senonoh kata mereka mengabaikan tanggungjawab.

Begitu juga dengan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe. Dia ni antara Menteri yang paling tidak diminati oleh golongan muda yang berstatus bumiputera. Pada mereka Menteri ini ada sikap double standard atau perkauman. Sebab itulah kata mereka orang-orang yang berada di sekelilingnya, kebanyakannya dari kaum Cina DAP walhal majoriti muda-mudi di negeri Sabah adalah Bumiputera.

Satu lagi yang menjadi kebimbangan masyarakat ke atas Menteri Belia Sukan Sabah itu ialah kalau-kalau Menteri itu akan menyebarkan ideologi DAP setiapkali berhubung dengan masyarakat terutamanya dikalangan muda-mudi negeri Sabah.

Kesimpulannya ngamlah Menteri Belia dan Sukan Sabah dilarang memasuki kawasan Sekolah sekalipun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.