Limus Jawab Tuduhan Penerangan Warisan Yusof Yacob

1. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan media Datuk Dr.Yusof Yakob, Ketua Penerangan Multimedia & Pendidikan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada kelmarin (15 Jun 2020) dan laporan portal pro Warisan “BorneoToday” bertajuk “KONTRAK RATUSAN JUTA PUNCA LIMUS, JAMES TINGGALKAN UPKO”, berikutan keputusan saya bersama ADUN Sugut, Datuk James Ratib meninggalkan UPKO untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), peneraju Kerajaan Persekutuan.

2. Antara lain Dr.Yusof menyatakan bahawa; “Saya mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat-Perwira Progresif Sdn Bhd yang mendapat kontrak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah berjumlah RM385 juta dan tindakan meninggalkan UPKO adalah demi kepentingan diri dan bukan untuk rakyat”.

3. Saya tidak menafikan mempunyai kaitan dengan Perwira Progresif, syarikat yang saya asas dan usahakan sebelum dipilih menjadi Wakil Rakyat (ADUN Kuala Penyu). Ia adalah syarikat milik *Bumiputera-Kadazan Dusun Tatana Kuala Penyu* yang *”qualified”* , mempunyai rekod dan kemampuan melaksanakan projek-projek yang diamanahkan dengan jayanya.

4. Berdasarkan fakta itu, Perwira Progresif bersama puluhan syarikat lain bukan milik Bumiputera telah menyertai tender Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan telah diberi kepercayaan sebagai pelaksana salah satu daripada pakej iaitu Menaik Taraf Jalan dari Inanam ke Sepanggar.

5. Perwira Progresif *BUKAN* syarikat *” *ALI BABA”* yang sub projek kepada kontraktor lain. Ia adalah sebuah syarikat Bumiputera milik Kadazan Dusun Tatana yang *qualified* untuk melaksanakan projek tersebut dan juga projek-projek lain menerusi proses tender yang ketat. Justeru tuduhan Dr.Yusof bahawa kerana kontrak ratusan juta menjadi punca saya tinggalkan UPKO adalah *TIDAK BERASAS* dan *PREJUDIS*.

6. Saya juga ingin bertanya kepada Dr.Yusof, adakah pemimpin Warisan dan Pakatan Harapan (PH) Sabah termasuk Menteri-Menteri tidak melobi projek? Kerana ada diantara mereka telah menemui saya untuk berbincang soal projek.

7. Saya dan Datuk James meninggalkan UPKO kerana telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti yang tidak konsisten dalam perjuangan dan hala tuju, selain kerana Kerajaan Negeri Sabah termasuk UPKO tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dan masih menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad. Justeru langkah terbaik yang perlu kami buat adalah meninggalkan UPKO demi kebaikan dan kemajuan rakyat dari kawasan kami.

8. Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau merupakan pemimpin yang hipokrit dan pentingkan diri sendiri. Beliau hanya sibuk mengangkat kaki Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal sehingga tidak mempedulikan ADUN-ADUN UPKO dan pemimpin parti yang lain. Seolah-olah mereka tidak wujud. Sebaliknya Madius hanya mengutamakan “konco-konconya” sahaja.

9. Umum mengetahui bahawa sebagai salah seorang pemimpin kanan UPKO dan ADUN, selama ini saya tidak pernah diberi sebarang jawatan lantikan politik dalam kerajaan atau pun GLC milik kerajaan. Sebaliknya mejoriti jawatan-jawatan tersebut telah *DIBOLOT* oleh pemimpin Warisan.

10. Walaupun tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan, dengan *KODRAT* yang ada, saya tetap berusaha dengan sedaya yang termampu, memberikan perkhidmatan terbaik dan membantu rakyat khususnya di kawasan yang saya wakili. Membela nasib dan masa depan mereka dengan kemampuan yang ada.

11. Perlu ditegaskan di sini, Kami *BUKAN MELOMPAT*, tetapi hanya keluar dari UPKO dan melepaskan semua jawatan dalam parti untuk menjadi ADUN bebas. Kami juga tidak menyertai mana-mana parti politik yang ada setakat ini. Justeru, dakwaan melompat parti adalah tidak berbangkit.

12. Kami menyokong Kerajaan PN dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yakin dan percaya PN boleh membawa perubahan kepada lanskap di dalam negara dan Sabah khususnya.

*DATUK LIMUS JURY*
ADUN Kuala Penyu

16 Jun 2020.

4 comments

  1. Pokoknya mandat datang dari rakyat melalui parti yg dipilih. Klu yakin, letak jawatan dan bertanding semula. Semua ahli politik memang hipokrit. Tapi tidak kurang yg hipokrit dan opportunist aka pentingkan diri. Limus Juri salah satu darinya. K bai

    Like

  2. Satu bantuan covid Sabah….hanya mahu nama sanggup umum pada penduduk kampung ada bantuan sila datang dewan sekian masa dan tarikh, tapi dengan hati yang kecewa hanya nama yang disebut baru boleh naik pentas untuk terima hadiah ( macam cabutan bertuah saja ). Kerajaan sarawak lantik satu syarikat untuk hantar keperluaan harian satu kawasan kampung, dengan setiap seorang rm 100-B40 dan M40 yang layak BSH ( nilai barang ) selesai baru claim dengan pihak kerajaan…buat apa susah2 sendiri pe antar…konon bantuan dari kerajaan supaya dapat nama ?…bukan gitu ? Itu pun RM 100 pun tidak sampai nilai barang yg di bagi kepada penduduk…hehe bikin malu…dengan RM 100 banyak saya bolh beli antar kasih orang susah..komen ..saya bagi lagi gambar barang2 yg saya beli dengan rm 100.

    Like

  3. Sepatutnya sebagai anak jati Sabah , kita sepatut sehati untuk selesai kan semua nya..terutama parti2 Sabahan..perlu sehati membela nasib penduduk Sabah.Jangan penting kan diri..rekod lepas kita semua telah lihat hanya kerana kepentingan diri…orang lain yang dapat kebaikan…renungkan la..

    Like

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: