Harap Ahli Ahli Bersatu Sabar Tenang – PM Muhyiddin

Saya berharap ahli-ahli BERSATU dapat bersabar dan bertenang dalam menghadapi situasi terlucutnya keahlian lima orang bekas ahli BERSATU iaitu YB Tun Dr Mahathir Mohamad. YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir. YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. YB Dato’ Amiruddin Hamzah dan YB Dr Maszlee Malik.

Mereka tidak dipecat daripada parti. Sebaliknya perbuatan mereka melanggar perlembagaan parti telah menyebabkan keahlian mereka terhenti dengan serta merta.

Saya sendiri tidak mengambil tindakan terburu-buru walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan terhadap mereka diambil lebih awal.

Saya mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan apa sahaja tindakan yang dibuat mestilah berlandaskan perlembagaan parti. Tiada mana-mana individu yang mengatasi perlembagaan parti.

Saya yakin dan percaya BERSATU akan terus teguh. Kita telah menghadapi banyak cabaran dari awal parti ini saya tubuhkan. Kita telah menempuh banyak duri dan raniau dalam perjuangan. Yang penting kita tidak berjuang demi mana-mana individu. tetapi demi agama. bangsa dan negara kita.

Tentunya kita berasa dukacita dengan pilihan yang dibuat oleh YB Tun Dr Mahathlr untuk tidak berada bersama-sama kita dalam wadah dan haluan perjuangan parti sepertimana yang telah diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.

YB Tun bersama pengikutnya yang lain memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan walaupun parti memutuskan sebaliknya. Jika itu pilihan YB Tun. saya ucapkan selamat maju jaya.

Kita berdoa kepada Allah s.w.t untuk memberikan kita semua segala kekuatan dalam menghadapi zaman yang sukar ini dengan penuh tabah dan beristiqarnah serta dibimbing kita dengan segala tawflk dan hidayah-Nya.

Marilah kita rapatkan saf bersama saya untuk terus perkukuhkankan Kerajaan yg telah kita tubuhkan demi masa depan Malaysia yang lebih aman dan sejahtera.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden merangkap Pemangku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


Mungkin ada yang keliru dengan penggunaan istilah diberhentikan dan dipecat.

Begitu yang tertulis dalam perlembagaan Bersatu jika seseorang itu melanggar beberapa fasal maka keahliannya akan diberhentikan.

Itu adalah bahasa perlembagaan.

Seseorang yang telah dipecat dari jawatan parti maka keahliannya akan diberhentikan.

Di pecat ni kau tidak melakukan kesalahan yang jelas tapi di pecat. Diberhentikan pula adalah sebaliknya.

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.