Agenda Sulit Dan Pergolakan Akhir Tun Sebelum Muhyiddin Dilantik Sebagai PM Kelapan

Agenda sulit Tun dan pergolakan saat akhir sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.

Agenda sulit dan pergolakan saat akhir ini diceritakan semula oleh setiausaha agung Bersatu Hamzah Zainuddin.

Menurut Hamzah Zainuddin Tun Mahathir sendiri yang mengarahkan mereka agar mencari jalan bagaimana untuk menyatukan pemimpin-pemimpin Melayu selain mengurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP. Arahan atau agenda Tun itu juga diketahui oleh Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahmad Faizal Azumu dan beberapa lagi.

Sehinggalah pada satu ketika Tun Mahathir sendiri meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Perletakan jawatan Tun tidak tidak diketahui oleh Hamzah Zainuddin dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin ia dibuat atas kehendak Tun sendiri.

Oleh kerana Tun telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri maka Yang Dipertuan Agong mempertimbangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia berdasarkan sokongan yang dipersembahkan.

Jelas di sini tidak ada pihak atau pemimpin Bersatu yang sengaja memainkan peranan jahat untuk menjatuhkan Tun Mahathir begitu juga dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Pokoknya tidak ada individu dari kalangan pemimpin Bersatu yang mengkhianati perjuangan Tun dan PPBM hingga memaksa Tun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sebaliknya yang dilakukan ialah melaksanakan apa yang diarahkan oleh Tun, terutamanya bab “menjahanamkan” DAP.


Jujur admin katakan ya, tidak ada gunanya lagi PKR dan DAP berkerjasama dengan Tun Mahathir atas alasan apa sekalipun. Sebelum ini Tun enggan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim walaupun telah dipersetujui oleh semua komponen PH.

Kalau saja parti Warisan tahu agenda sulit Tun Mahathir tidak mungkin presidennya salah Pai hingga saat ini bermusuhan dengan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Nampak sangat Warisan ni ada tidak ada sama saja, ibarat nasi tambah 🤭

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.