Kritikan Unduk Ngadau Bukan Soal Uturn Tapi Covid Alahai Laskar Warisan

Apa yang dipersoalkan oleh masyarakat berkenaan keputusan kerajaan negeri Sabah yang tetap mengadakan Unduk Ngadau atau pesta Kaamatan adalah bukan soal keputusan yang u-turn seperti yang dilaporkan oleh portal pro Parti Warisan.

(Walaupun sebelum ini kerajaan negeri kerap membuat keputusan yang uturn dan pengumuman kali ini juga adalah sebenarnya u-turn)

Pada March 2020 Peter Anthony mengumumkan yang pesta Kalimaran atau Kaamatan dibatalkan namun pada 24 Mei 2020 Peter Anthony sendiri mengumumkan bahawa pesta itu akan diadakan. Memandangkan Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia Dr Jeffrey Kitingan akan menganjurkan pesta yang sama.

Tetapi yang dipersoalkan oleh majoriti masyarakat Sabah ialah kenapa pesta Kaamatan atau Unduk Ngadau tetap diadakan oleh kerajaan negeri walaupun masyarakat sedang berhadapan dengan ancaman Covid 19 yang boleh meragut nyawa.

Takut sangat pada dakwaan u-turn macam saja tidak pernah u-turn. Hakikatnya kerajaan Warisan sebelum ini bukan hanya kerap membuat keputusan yang u-turn tapi lebih daripada itu mengabaikan keputusan Mahkamah. Shame on you lah.

Jadi tidak ada maknanya kerajaan negeri menjadikan kenyataan Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Dr Jeffrey Kitingan pada 20hb Mei 2020 bahawa akan mengadakan Sugandoi (Kaamatan) pada tahun ini sebagai perbandingan. Ini kerana Dr Jeffrey Kitingan tidak pernah membuat kenyataan yang bertentangan dengan keputusan akhir yang dibuat. Dr Jeffrey Kitingan juga tidak menyatakan tarikh penganjuran secara detail, boleh saja ditunda sehingga akhir tahun 2020. Berbanding keputusan Peter Anthony menyatakan bahawa pertandingan Unduk Ngadau akan dijalankan dan dibuat secara atas talian bermula 25 Mei sehingga 29 Mei 2020 tetapi peringkat akhir nanti akan dijalankan didalam dewan. (kemuncak Covid 19)

Sebagai kerajaan negeri aka Ketua Menteri merangkap Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah. Seharusnya lebih bertanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat Sabah bukannya berpolitik sepanjang masa walau pun akan mengancam keselamatan masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.