PBSS Nafi Fasiliti Pusat Budaya Bajau Sama Projek Gajah Putih

KOTA KINABALU: Persatuan Bajau Sama Sabah (PBSS) menafikan pembinaan Pusat Kebudayaan Bajau Sama adalah projek gajah putih.

Setiausaha Agungnya, Encik Mohd Kassim Razali berkata, perunding projek (project consultant) itu melaporkan bahawa kemajuan pembinaannya pada masa ini ialah 93 peratus dan belum dapat disiapkan kerana beberapa masalah teknikal.

“Kami berharap pihak berkuasa, perunding projek dan kontraktor yang berkenaan dapat menangani masalah teknikal mengenai penyiapan bangunan itu secepat mungkin, kerana persatuan sangat berharap dapat menggunakan bangunan tersebut.

“Mengenai dakwaan ianya sebagai projek gajah putih, kita berpendapat ianya tidak berasas kerana projek itu masih belum siap sepenuhnya dan belum diserahkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan kepada persatuan. Justeru apa motif sebenar individu tertentu menonjolkan isu tersebut?”

“Kami berharap isu kecil ini tidak akan dipolitikkan dan pihak persatuan senang hati dan bersedia untuk membantu pihak berkuasa, perunding dan kontraktor yang berkaitan untuk mempercepat penyiapan pembinaan bangunan ini”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kassim mengulas artikel di muka depan akhbar Daily Expres pada Rabu (27 Mei 2020) yang melabelkan projek pembinaan bangunan itu sebagai “gajah putih”.

Menurut Kassim, banyak yang telah dirancang oleh persatuan untuk bangunan itu, termasuklah membina rumah tradisional Nelayan Bajau Sama dan Petani Bajau Sama untuk menonjolkan gaya hidup, kraftangan, tradisi dan warisan budaya mereka.

“Kami juga merancang menanam pokok dan herba yang digunakan secara tradisional oleh Bajau Sama untuk tujuan perubatan, selain mempunyai kawasan menunggang kuda Bajau Sama, dengan kuda berpakaian tradisi Bajau Sama agar rakyat mengenali kebudayaan kita”.

“Kami berharap pihak berkuasa, konsultan dan kontraktor berkenaan dapat menyelesaikan isu itu, dan kami sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan yang termampu”, tegasnya.


Kalau benarlah berita yang tersebar bahawa yang sengaja menimbulkan isu ini adalah salah satu parti komponen kerajaan negeri yang juga Ahli Parlimen bagi kawasan dimana fasiliti ini dibina. Maka sungguh itu adalah tindakan yang amat-amat mengecewakan.

Seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab keatas kemajuan masyarakat atau bangsa yang ada dikawasan yang diwakili tetapi bertindak seolah-olah cuba menggagalkan projek seperti itu.

Fasiliti seperti ini akan berfungsi untuk memartabatkan satu-satu bangsa tetapi dipolitikkan hanya mungkin kerana wakil rakyat atau Ahli Parlimen yang ada sekarang bukan dari bangsa Bajau Sama atau sudah tentu pasti kerana pemimpin atau pihak yang mengusulkan pembinaan prasarana ini diilhamkan oleh musuh politik kerajaan negeri Sabah.

Sepatutnya apa pun kekurangan yang dihadapi semasa projek ini dilaksanakan. Wajarlah ia dipikul oleh Ahli Parlimen yang sedia ada bukan malah dipersulitkan, nampak sangat tidak mengenang budi.

Sudahlah kerajaan negeri ini menjadi bahan ejekan masyarakat Sabah kerana sehingga hari belum lagi berjaya membina satu fasiliti yang berimpak besar. Selain hanya rajin merasmikan prasarana yang berjaya disiapkan oleh kerajaan negeri terdahulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.