Jilatan Lelaki Pakistan Pro Warisan Bertukar Senjata Makan Tuan

Seorang lelaki Pakistan yang juga penyokong Parti Warisan telah merakamkan dirinya lalu memuji melangit Presiden mereka Shafie dalam masa yang sama menafikan kebijaksanaan kerajaan pusat. Nampak sangat tidak pandai bersyukur.

Dia pun cakaplah bantuan makanan yang dia terima diberikan oleh ketua menteri. Begitu juga dengan bantuan tunai RM1000.

Sedangkan budak hingusan pun tahu yang wang tunai RM1000 itu datang dari program bantuan prihatin nasional ( BPN) iaitu program bantuan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan atau pusat.

Taktik licik dan angkat kaki warga Pakistan yang juga penyokong Warisan itu telah mendapat kejian dan hinaan dari masyarakat tempatan Sabah terutamanya mereka yang pro kerajaan pusat.

Dimana masyarakat tempatan berpersepsi bahawa Kerajaan Negeri Warisan lebih mengutamakan pendatang berbanding mereka warga sebenar Sabah yang terdiri daripada kaum KDMR Bajau, Suluk dan Melayu dan lain lain.

Kerana tidak tahan dengan cercaan dan hinaan netizen, empunya diri serta wakil daripada Parti Warisan telah membuat laporan Polis.
(Saling cuba menyelamatkan diri dari hinaan masyarakat Sabah lah tu kan)

Satu pihak risau partinya terus dikaitkan dengan pendatang asing satu pihak lagi iaitu warga asing Pakistan terhegeh-hegeh ingin menjadi penyokong Parti Warisan walaupun tampak dinafikan. Lucu juga ya.

Pokoknya tujuan laporan Polis itu adalah untuk menutup politik kotor yang cuba dicetuskan dan takut nama Parti Warisan terus dikaitkan dengan pendatang asing tanpa izin atau PTI. Ini dia punya point. Takut dengan bayang bayang sendiri ini yang mereka rasa. Walhal pada masyarakat Sabah politik adalah politik tiada istilah warga asing atau tidak selagimana mereka memiliki MyKad yang sah.

Kalau pun benar yang warga Pakistan itu tidak tahu wang berkenaan bukan dari kerajaan negeri tapi kenapa lagi seolah-olah dipaksa membuat laporan Polis? Bukankah cukup dengan hanya membuat kenyataan atau permohonan maaf, lainnya tuntaskan melalui kenyataan politik dari semasa ke semasa.

Mahu juga membuat laporan Polis sedangkan yang membuat rakaman video itu adalah penyokong Warisan itu sendiri. Hehehe!

Rentetan taktik kotor yang keterlaluan itu maka laporan Polis yang dibuat tidak lagi mampu mengubah persepsi masyarakat Sabah terhadap Parti Warisan sebagai parti yang disokong dan menyokong warga asing.

Tampaknya semakin hari semakin serba salah ini Parti Warisan oh. Pendatang Pakistan pun ingin menjadi jentera parti Warisan, pandai pula tu mereka-reka cerita.

Seperti biasa propaganda murahan Warisan akhirnya bertukar menjadi senjata makan tuan.

Apa yang dilakukan oleh penyokong Parti Warisan itu adalah amalan politik kotor dan jijik apa lagi semacam tidak pandai bersyukur. Lebih teruk dan hina dari kenyataan yang berbau perkauman.

6 Comments

  1. Bantuan kerajaan sabah hanya satu pembohongan..tipu semata mata..malar permohonan dlm proses…tunggu ja la pru15..!! Org2 ko d utamakn..#pendatang..

    Like

    Reply

  2. Pujian kamu tidak kena tempat la…. Betul salah tempat…. Bantuan ni datang dari kerajaan persekutuan bukan kerajaan sabah parti warisan, kamu cek sendiri la…

    Like

    Reply

  3. Ada saja Cara kamu nak jatuhkan kerajaan warisan. Selain nak buat isu perkauman kamu libatkan Pakistan yg hanya memuji kerajaan warisan. Mereka pun manusia yg perluhkan bantuan makanan. Kamu sengaja nak memporak perandakan orang sabah, kamu yg nak jatuhkan kerajaan warisan adalah orang yg gila kuasa yg ingin merampas mencuri hasil sabah.

    Like

    Reply

    1. Sebenarnya siapa yang berpolitik ni. bukankah penyokong Parti Warisan yang memulakannya seperti mana artikel ini.

      Jelas dalam rakaman itu penyokong warisan ingin menjatuhkan kerajaan pusat. Kenapa pula menjadi satu kesalahan bila pihak yang menyokong kerajaan pusat menafikan tuduhan yang dilemparkan.

      Like

      Reply

  4. Pati warisan apa pun permohonan kita orang asal Sabah di kemudian kan ada sudah dari mereka mungkin boleh dapat lah kalau tiada dia bilang tunggu dekat Pru15 yg penting orang2 Warisan dulu kenyang dan dapat apa ja permohonan termasuk PR kali2 tunggu KM proses hanya itu jawapan yang di terima oleh pemohon

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.