Untuk Apa Runding Dulu Dengan Kerajaan Negeri Yang Gagal?

Entah apa yang cuba ditunjukkan oleh Timbalan Wira warisan Ismail Ayob ni, atau seperti biasa tanpa disedari mereka hanyalah menunjukkan kekurangan cara berfikir mereka.

Dia kata urusan negara terutama yang melibatkan keselamatan nyawa manusia adalah tanggungjawab bersama justeru semua pemimpin sepatutnya terlibat. Iaitu kononnya berunding dulu sebelum dilaksanakan.

(Untuk apa berunding dengan kerajaan negeri yang gagal?)

Memang pun sentiasa dilibatkan. Sejak bila pula pusat mengabaikan kerajaan negeri dalam hal pokok iaitu keselamatan masyarakat Sabah.

Hal yang menjadi asas untuk diketahui sebelum kita mengupas hal ini dengan lebih lanjut ialah selama ini yang bertanggungjawab mengawal penyebaran Coronavirus (Covid 19) di Malaysia ialah Kementerian Kesihatan Malaysia. Bidang tugas Kementerian ini pula meliputi semua negeri termasuk Sabah.

Kementerian ini yang menyediakan segala kelengkapan daripada tenaga manusia hinggalah ke peralatan didalam membenteras pendemik Coronavirus terus merebak.

Jadi dakwaan yang negeri Sabah tidak dilibatkan atau diabaikan di dalam hal keselamatan nyawa manusia adalah kenyataan yang tiada asasnya dan kebudak-budakan.

Berbulan Kementerian Kesihatan Malaysia mengawal penyebaran Covid 19 tapi bila sampai pada satu fasa yang menuntut kelonggaran PKP kerana tuntutan ekonomi yang semakin mendesak. Pandai pula kerajaan negeri menidakkan PKPB seolah-olah selama ini yang menjaga atau mengawal pendemik di Sabah ialah Menteri Kesihatan Sabah hingga tahu sangat apa yang diperlukan dan dihadapi oleh masyarakat Sabah.

Apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri atau Menteri Kesihatan Sabah sehingga begitu yakin menolak PKPB. Setahu admin hanya untuk menyediakan pusat kuarantin pun gagal hingga menjadi isu kebangsaan.

Kerajaan Warisan Sabah jangan ikut langkah kerajaan negeri Sarawak menangguhkan PKPB kerana walaupun rakyatnya tidak turun kerja atau belum mematuhi PKPB tetapi bantuan makanan kepada rakyatnya melimpah-ruah. Bukan macam di Sabah membekal bantuan makanan pun menjadi isu. Ada yang langsung tidak mendapat bahagian mereka tapi dijana oleh jentera kerajaan negeri wah program bantuan makanan mencapai kejayaan.

Pada kerajaan Warisan cukup-cukuplah berpolitik tu sudah lebih dua tahun kamu menjadi kerajaan negeri tapi satu pun kebaikan yang bersifat jangka panjang belum berjaya kamu adakan. Yang kamu tahu hanyalah menjual perjanjian 1963 atau proses rundingan yang tidak membuahkan hasil. Kalau sekadar proses rundingan awal, kerajaan BN sebelum ini juga melakukan hal yang sama dengan Perdana Menteri Najib Razak pada masa itu.

Begitu juga dengan dakwaan Timbalan berkenaan konon Ketua Menteri Sabah atau Sabah tidak dipanggil untuk bermesyuarat PKP. Ini adalah dakwaan yang tidak jelas. Kekeliruan ini telah dijelaskan oleh setiausaha mesyuarat Covid 19 peringkat nasional. Bahawa dalam hal menghantar surat jemputan ke negeri negeri, mereka telah terlepas pandang.

Walaubagaimanapun urusetia telah menghantar surat jemputan kepada semua setiausaha negeri. So tidak timbul persoalan adakah Ketua Menteri Sabah dilibatkan atau tidak.

Contoh perbandingan. Selama ini tidak pernah sekalipun Menteri Dalam Negeri atau Federal mencampuri tugas pengerusi keselamatan negeri Sabah yang dipegang oleh ketua menteri Sabah Shafie. Tapi apa yang berlaku, sejak Warisan menjadi Kerajaan negeri sudah 1 atau 2 insiden penculikan di pantai timur Sabah. Ini menunjukkan sememangnya kerajaan negeri gagal mengurus ataupun memastikan keselamatan masyarakat Sabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.