Bung Mokhtar Desak Warisan Beri Moratorium 6 Bulan

Wah kali ini kepolitikan UMNO Sabah agak terpakai. Bilamana Ketuanya Bung Mokhtar Radin mendesak agar Institusi Kewangan di negeri Sabah seperti Sabah Kredit Corporation, Borneo Housing dan Yayasan Usaha Maju memberikan moratorium sehingga enam bulan seperti yang dilakukan oleh bank-bank komersial lain di Semenanjung.

Apa lagi kalau menurut Bung Mokhtar kebanyakan pelanggan Sabah Kredit, Borneo Housing dan Yayasan Maju itu sebenarnya terdiri daripada golongan yang bergaji B40.

Golongan yang masih menuntut bantuan dari pemerintah dalam konteks ini kerajaan negeri lah, siapa lagi.

Bung Mokhtar tidak menafikan sebelum ini Sabah Kredit telah memberikan tiga bulan moratorium tetapi itu tidak mencukupi atau tidak lebih berbanding yang diarahkan oleh Federal kepada semua bank-bank komersial.

Nampaknya Federal lebih prihatin, alert berbanding kerajaan negeri Sabah yang tampaknya lemah gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat tempatan Sabah.

Begitu juga dari konteks kemampuan peminjam Yayasan Maju yang terdiri daripada kaum wanita. Golongan ini kalau tidak diberikan kemudahan sehingga 6 bulan. Nak susah mereka untuk meneruskan kehidupan selepas PKP. Memang sangkut lah, selain bergelut membayar hutang dalam masa yang sama bergelut menampung kos kehidupan harian.

Kalau moratorium lebih dari 6 bulan pun tidak mampu diberikan oleh Warisan iaitu parti yang menjunjung slogan Sabah for Sabahan. Nah apa lagi merealisasikan hal-hal pokok yang ada didalam perjanjian 1963. Jangan sembang lah memang tidak akan tertunai.

One Comment

  1. DALAM HAL INI CADANGAN DATUK SERI BUNG MOKTHAR. SAYA BERPANDANGAN KERAJAAN WARISAN PERLU MENILITI KERANA IANYA BERKAITAN RAKYAT DAN MASYARAKAT B40 YANG MENJADI PEMINJAM DAN PELANGGAN KEPADA SABAH CREDIT,BORNEO HOUSING DAN YAYASAN MAJU.PERKARA INI PERLU DI AMBIL PERTIMBANGAN OLEH KERAJAAN WARISAN,WALAUPUN CADANGAN ITU DATANG DARIPADA PEMBANGKANG. BAGI SAYA KERAJAAN WARISAN PATUT MEMPERTIMBANGKAN CADANGAN TERSEBUT DEMI KEPENTINGAN RAKYAT YANG MENGHADAPI KESULITAN RAKYAT SABAH PADA KESELURUHANNYA.

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.