Shafie Tidak Ada Hak Menghalang JPPS Di Sabah

Dulu semasa era pemerintahan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman. Kerajaan negeri berhadapan dengan birokrasi yang sengaja ditimbulkan oleh Menteri KKLW pada masa itu. Dimana Shafie pada masa itu tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya hingga sanggup menubuhkan satu cawangan KKLW di negeri Sabah yang dikenali sebagai KPLB dan sehingga hari ini ia masih berfungsi. Tapi tidak dipersoalkan atau dihalang oleh Ketua Menteri Shafie. Peliknya!

Antara matlamat lain KPLB pada masa itu ialah supaya projek yang telah ditentukan oleh menteri KKLW pada masa itu tidak lagi boleh diganggu-gugat oleh mana mana pihak atau wakil dari kerajaan negeri.

Seolah olah Kerajaan negeri Sabah pada masa itu berada dalam blok pembangkang. Mangkuk brutal.

Hari ini orang yang sama mengepalai Sabah dan menolak cadangan JPPS. Alasannya tiada keperluannya bagi mewujudkan JPPS di negeri Sabah. Tapi bagaimana dengan KPLB yang dia tubuhkan dahulu. Lucu dan hipokrasi bukan.

Sepatutnya Shafie merasa malu dan sedar lalu bertanya pada dirinya kenapa wakil persekutuan di negeri Sabah iaitu PPBM mencadangkan JPPS ditubuhkan semula di negeri Sabah. Ini kerana Federal tahu siapa Shafie sebelum ini. Shafie dikenali sebagai pemimpin yang mempergunakan dana kerajaan untuk memasyhurkan namanya dan menjaga kepentingan politik peribadinya.

Pada masyarakat Sabah jangan lagi mudah diperbodohkan oleh kepimpinan Warisan. 22 bulan sudah berlalu tetapi tiada satu pun kejayaan yang berjaya dibina oleh kerajaan Warisan yang mereka tahu hanyalah merasmikan prasarana yang telah siap dibina oleh kerajaan terdahulu. Selain laporan propaganda tolol yang dilaporkan oleh laskar warisan kononnya kerajaan mereka telah mencapai kejayaan. Kejayaan apa mengagihkan bantuan makanan pun gagal. He!

Hukum jangan dilupa, semua kejadian di dunia ini ada karmanya. Kalau dulu Shafie sengaja tidak percaya pada kerajaan negeri. Hari ini orang lain ikhlas untuk tidak percaya pada kepimpinannya.

Kesimpulannya kerajaan negeri atau Shafie tidak ada hak menolak cadangan menubuhkan JPPS Sabah. Bukan saja tidak ada hak tapi tidak ada ruang untuk dia merasionalkan penolakannya. Sebab taktik politik dan dirinyalah yang menyebabkan orang skeptikal terhadap kepimpinannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.