Disebarkan melalui portal berita bahawa pihak polis akan menyiasat dan disiasat berhubung tindakan pegawainya yang telah merotan lima remaja lelaki selepas didapati mengingkari perintah kawalan pergerakan PKP ketika menjalankan tugas operasi Covid 19 di Kampung Pangi Kunak, Sabah.
Untuk apa perkara yang mendidik masyarakat seperti ini disiasat. Seeolah-olah anggota Polis pula yang bersalah. Giler ahh! Lain lah kalau sudah melibatkan masa depan dan nyawa seseorang, malah keatas pesalah sekalipun.
Biarlah budak remaja itu bertanggungjawab atas apa yang mereka telah lakukan. Itu impalan yang mereka harus terima. Di akhirat kelak pun tidak ada siapa yang dapat membantu mereka kecuali diri mereka itu sendiri.
Netizen yang dalam hal ini berlagak budiman kononnya menyalahkan pihak Polis. Nah jangan diambil kisah, itu jelas netizen yang tidak ada semangat nasionalisme.
Membuang duit rakyat saja untuk menyiasat pihak yang mendidik masyarakat. Pada mereka, sepatutnya berterima kasih, siapa tahu dengan cara ini anak mereka akan lebih baik dan lebih bijaksana di kemudian hari.
Di negara jiran pemerintahan mereka mengeluarkan arahan pada pihak Polis agar menembak mati individu individu yang melanggar peraturan lockdown.
Hanya Allah yang tahu, hanya Allah sebaik-baik perancang.
bagus di rotan daripada di saman dan di penjara.. lagi terok.. huhu
LikeLiked by 1 person