Warisan Gagal Tangani Covid 19 Jangan Salahkan Menteri Federal

Alamak apa pula yang dijadikan modal oleh Wira Parti Warisan tu.

Sudah tidak ada modal politik kah atau akibat terlalu lemah sebab itulah tidak lagi berkemampuan mencari isi yang lebih besar dan realistik.

Admin mengutip nyataan separa matang Timbalan Ketua Wira Warisan, Ismail.

Dia kata dimana kononnya Menteri Persekutuan yang berasal daripada Sabah sepatutnya mereka mengenepikan dulu soal politik dalam keadaan sekarang iaitu keadaan masyarakat berhadapan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Lepas itu dia menimbulkan persoalan mengapa pula kita iaitu Warisan tidak menerima sumbangan dan bantuan daripada pihak lain. Amboi Warisan yang angkuh tamak sebab cuba mengekalkan momentum sokongan dari segelintir masyarakat Sabah terhadap parti Warisan. Pandai lah!

Sama ada mereka sedar atau sebenarnya buta ilmu pentadbiran berhubung perjalanan sebuah kerajaan negeri kerana kita pun maklum Parti Warisan ni adalah parti yang terlalu mentah untuk mentadbir sebuah negeri sebesar Sabah. Boleh saja mentah itu kerana tidak berpengalaman atau sememangnya kurang cerdik atau bijaksana.

Tetapi mereka harus menerima hakikat bahawa Sabah hari ini yang ditadbir oleh parti Warisan tidak akan mampu beroperasi tanpa bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang telah membina prasarana di hampir semua sektor kerajaan negeri. Pokoknya kerajaan negeri ini hanyalah menjalankan kerja kerja penyeliaan dan penyelenggaraan tidak lebih daripada itu.

Pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden PPBM Malaysia adalah merupakan bantuan secara langsung kepada kerajaan negeri Sabah tapi malangnya program yang sebegitu besar tidak dihargai. Itulah akibatnya bila pentadbiran negeri masih ditahap kampung kampung, malang bagi masyarakat Sabah. Negeri negeri lain kian tahun kian maju bersama sistem yang lengkap dan memudahkan, sebaliknya yang menimpa Sabah, seolah-olah mundur ke belakang.

Apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui rangsangan ekonomi hingga menguntungkan Sabah. Seperti dibawah.

Malah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang memberikan jaminan bahawa.

“Saya tahu saudara-saudari yang berada di rumah-rumah
panjang di Sarawak, di penempatan orang asal, di kawasan kawasan yang jauh di pedalaman di segenap ceruk rantau negara ini, mungkin bimbang bantuan yang disediakan oleh kerajaan lambat sampai. Untuk itu, Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri, khususnya di Sabah dan
Sarawak, untuk pastikan semua bantuan yang disediakan oleh
kerajaan sampai dengan cepat”.

Program Mysalam menyediakan manfaat kepada golongan B40 yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan Coronavirus dimana pesakit boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bagi tempoh maksimum 14 hari. Ini termasuklah pesakit daripada Sabah.

Memberikan elaun kepada petugas barisan hadapan yang terdiri daripada Polis Kastam Tentera Rela dan APM. Ini termasuklah mereka yang berada di Sabah.

Perlantikan jururawat secara kontrak, pembelian dan penyewaan perkhidmatan hospital swasta bagi tujuan mengubati dan mengesan Coronavirus. Ini juga merupakan kebijaksanaan yang telah menguntungkan Sabah.

Pembelian peralatan bekalan perubatan seperti ventilator PPE dan penutup muka. Ini juga melibatkan hospitaliti yang ada di Sabah.

Meluaskan saringan pembawa Coronavirus sehingga 2 juta saringan. Ini sudah melibatkan semua lapisan masyarakat Sabah.

Perbelanjaan kesihatan seperti menyediakan peruntukan penyelidikan kepada Kementerian yang berkaitan. Ini juga melibatkan Sabah.

Jangan pula buat lupa, dimana sudah agihan dari peruntukan RM130 juta yang diumumkan oleh Federal sebelum pakej rangsangan ekonomi prihatin Rakyat 2020 dipersembahkan kepada rakyat. Telah dibelanjakan oleh negeri kemana dan untuk apa?

Dan yang paling utama dari konteks jawapan keatas dakwaan yang  dilemparkan oleh kerajaan negeri Sabah ini ialah pendapat atau cadangan daripada PPBM Sabah iaitu Ketua Bahagian PPBM Tawau, Sabah Datuk Nizam Titingan beliau telah mencadangkan kepada Federal melalui kerajaan negeri agar makmal memproses sampel saringan Coronavirus ditambah di negeri ini dan beroperasi di Tawau, pantai timur. Selain yang sedia ada di Hospital Kota Kinabalu dan UMS. Ini bagi mempercepatkan proses analisis sekaligus mengetahui keputusan sampel.

Jadi dakwaan Wira Warisan Sabah kononnya Menteri Federal daripada Sabah atau PPBM Sabah tidak membantu kerajaan negeri adalah tuduhan yang tidak masuk akal dan keterlaluan. Sebaliknya yang tidak berfungsi mengawal malah gagal mengawal Coronavirus di Sabah ialah kerajaan negeri atau Kementerian Kesihatan Sabah itu sendiri. Walaupun telah dimaklumkan oleh seorang jururawat menerusi rakaman videonya tapi dipandang sebelah mata oleh Menteri Kesihatan Sabah kononnya jururawat itu terlalu beremosi. Ha, sekarang barulah kelam-kabut dan pandai pula menyalahkan orang lain.

Jangan lupa kritikan Najib Razak terhadap kerajaan negeri Sabah yang telah gagal menyediaka pusat kuarantin yang tidak sesuai malah kotor.

Begitu juga dengan tindakan SPRM terhadap kerajaan negeri setelah didakwa gagal memanfaatkan peruntukan yang telah diumumkan dan gagal mengagihkan secara adil bantuan makanan kepada rakyat Sabah. Amat memalukan.

Jadi tidak usahlah pemimpin-pemimpin kecil dan besar Parti Warisan mencari kelemahan Menteri Persekutuan yang berasal daripada Sabah sebab semuanya telah disediakan dan dijalankan. Kamu saja yang tidak mahir dan masih mengamalkan sistem kampung-kampung. Sebuah agensi itu nampak bekerja bila ramai yang berpusu-pusu mengemukakan permohonan. He!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.