Pakej Covid 19 Sabah, Bantuan Makanan Disiasat SPRM

Awal pagi terbaca kenyataan akhbar yang menyatakan bahawa SPRM akan menjalankan siasatan berhubung bantuan makanan di kerajaan negeri Sabah yang didakwa telah diseleweng.

Justeru itu task force akan ditugaskan oleh SPRM bagi memantau pengagihan bantuan makanan berkenaan.

Kenapa tidak, bayangkan ditulis dalam jadual pengagihan makanan dinyatakan jumlah keseluruhan bantuan berjumlah 100 ringgit, sedangkan kalau dikira balik berdasarkan jenis barang yang telah ditetapkan, nah jumlahnya baru RM60. Jauh beza, tidak masuk akal langsung.

Apa sudah jadi dengan penyokong pentadbiran kerajaan negeri ini hak golongan yang memerlukan pun disonglap. Matilah kamu oleh covid 19.

Nah hal ini yang yang dipersoalkan oleh netizen.

Betul juga bha kerajaan negeri Sabah hanyalah agensi yang ditugaskan untuk mentadbir negeri dan seisinya. Tapi segelintir wakil rakyat daripada Warisan yang tidak ada hak pula yang memandai mandai mengurangkan keperluan yang telah ditentukan. Maksudnya apa pun yang telah ditentukan oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab maka keputusan itulah yang mesti dipatuhi tanpa gagal.

Ini tidak wakil rakyat dan kuncu-kuncunya itu pula yang memandai-mandai, kamu siapa?

Tersebar rakaman suara yang mengarahkan bahawa setiap DUN hanya dibenarkan mengagihkan bantuan makanan kepada -+24 orang. Sedangkan kalau menurut sumber yang boleh dipercayai pentadbir telah bersetuju untuk memperuntukkan RM100k bagi setiap DUN melibatkan 60 DUN kesemuanya, berdasarkan peruntukan RM18 juta yang telah diumumkan. Kalau begitu dimana lagi baki peruntukan RM12 juta? kenapa tidak digunakan.

Tiga hari yang lepas kerajaan negeri melalui pakej bantuan covid 19  telah mengumumkan peruntukan bantuan makanan sebanyak RM18 juta.  Peruntukan ini jika didarab dengan kadar Rm100/keluarga dan jumlah penduduk Sabah yang ada 3 juta orang (1.5 juta keluarga) ternyata ia adalah peruntukan yang minus, sekali lagi tidak masuk akal.

Di sini belum lagi kita mengungkit golongan masyarakat yang tidak dihulurkan bantuan kerana bukan penyokong Parti Warisan. Lagi lah keji macam saja Sabah ni bapa mereka punya. Entah entah asal usulnya hanyut daripada kepulauan apa.

Kesimpulannya tidak ada manusia yang paling hina di dunia ini selain manusia manusia yang sanggup menyeleweng peruntukan makanan apa lagi dalam keadaan separa darurat seperti sekarang. Spesies Dajjal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.