Entri kali ini bertujuan untuk menjawab retorika kerajaan negeri yang sedang disebarkan oleh laskar Warisan.
Mereka menyebarkan maklumat kononnya hanya penerima eKasih yang akan mendapat bantuan mereka. Tujuannya jelas agar nanti tidak dipersalahkan oleh mereka yang tidak mendapat bantuan one-off RM300 itu.
Pada hakikatnya hanya masyarakat Sabah yang ada membuat permohonan ke pejabat daerah yang akan mendapat bantuan one off pakej Covid 19 Sabah.
Inilah susahnya bilamana kerajaan negeri hanya ada satu cara manual aka sistem kampung kampung yang dapat diakses oleh masyarakat atau pemohon
Apa boleh buat, terpaksalah masyarakat kehulu-kehilir dengan permohonan mereka, macam di awal kemerdekaan Sabah. Berkepit setiap hari dengan fail yang sudah usang. Itupun kalau permohonan mereka tidak tercicir.
Keadaan ini akan menyebabkan ramai yang melopong tidak mendapat bantuan one off. Ini sudah tentu pasti, apa lagi kerajaan negeri hanya menyediakan peruntukan sebanyak RM80 juta berbanding jutaan masyarakat Sabah yang berada dalam kategori miskin tegar.
Melainkan kerajaan negeri meminta maklumat pemohon yang layak daripada Federal (e-Kasih). Itupun kalau dilayan memandangkan maklumat peribadi tertakluk kepada akta perlindungan data peribadi.
Akhirnya tidak usahlah berharap pada bantuan negeri yang hanya mendedahkan anda kepada Coronavirus tu. Berapa sangatlah nilai bantuan baru RM300, berbanding jika anda dijangkiti virus, dimana pada waktu itu hidup atau mati akan menjadi perhitungan.
Sepatutnya sebelum kerajaan negeri mengumumkan bantuan yang menuntut permohonan. Sebaiknya mereka terlebih dahulu menyediakan portal atau website yang membolehkan masyarakat membuat permohonan secara online seperti yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan, siapa pun masih boleh membuat permohonan walaupun dalam keadaan sekarang dibawah PKP.
Pun begitu masih ada hati mahu memerintah Sabah secara autonomi. Asas dalam pentadbiran pun gagal di sediakan.
bantuan ekasih sabah.
sy ingit tahu sebab kenapa semakan ekasih sabah saya .memberitahu bahawa .gagal di cradit kan ke akaun . penerima ekasih sabah
LikeLike