13 Ketua Kampung Meletakkan Jawatan dan Menyertai PPBM Labuan

13 ketua kampung hari ini mengumumkan meletakkan jawatan serta-merta dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Ketua-ketua kampung itu sebelum ini mewakili komponen Pakatan Harapan dan Parti Warisan Bahagian Labuan. Dimana lima daripada mereka adalah penyokong parti Amanah, lima lagi daripada PKR dan tiga daripada Warisan.

Perletakan jawatan dibuat rentetan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari yang lalu sebaik Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan susulan peralihan kuasa daripada PH ke Perikatan Nasional yang dijangka membentuk kabinet pada selasa depan.

Kampung Kampung terbabit adalah seperti  Kampung Bukit Kalam  kampung Berbuloh, Sungai Lada, Sungai Miri, Sungai Labu, Sungai Bangat, dan kampung bangat Patau-Patau 2, Pohon Batu, Bukit Kuda, Sungai Buton, Sungai Bedaun dan Lubok Temiang.

Maksudnya ketua-ketua Kampung itu tidak mahu bekerja dibawah pembangkang kerana kerajaan sebelum ini yang melantik mereka. Ini dia punya point.

Menurut ketua badan pimpinan Bersatu Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman. Kesemua ketua kampung menyertai Parti Bersatu atau PPBM atas dasar keyakinan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden PPBM (Bersatu)

Tabik spring lah pada Ketua Ketua kampung berkenaan cukup berkredibiliti kerana sebagai ketua kampung yang mengurus masyarakat mereka seharusnya bekerja di bawah kerajaan atau parti parti yang memerintah.