Untuk Apa Anwar Berkerjasama Dengan Tun?

Terang lagi jelas Tun Dr Mahathir (M) tidak akan membenarkan Anwar Ibrahim menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Ini fakta, okey. 

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir kelmarin mendedahkan bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim ada mencadangkan agar dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri andai PH berjaya membentuk kerajaan buat kali yang kedua.

Namun Tun Dr Mahathir menolak cadangan Anwar Ibrahim berkenaan sebaliknya mahu mengekalkan isteri Anwar Dr Wan Azizah menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Hal ini didedahkan oleh portal The Sun, The Sun melaporkan Tun Dr Mahathir berkata cadangan itu diutarakan semasa mesyuarat PH bagi membentuk kerajaan baharu sekaligus usaha menghalang Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu sedang berusaha membentuk Perikatan Nasional bersama UMNO.

Namun takdir menentukan segalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mendapat perkenan yang di-pertuan Agong untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia

Habis itu untuk apa lagi PKR dan DAP berkerjasama dengan Tun di dalam PH?Lainlah kalau Anwar Ibrahim tidak lagi menyimpan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebaliknya hanya bertujuan untuk menumbangkan UMNO tapi sampai bila?